TIADA LAGI AKU

MySpace 2.0 Layouts

slideshow

Ahad, 22 Ogos 2010

Putus Cinta_Tips Lupakan Si dia..



Ehm..berbicara pasal topik ni...aku bukan lah pandai sgt..tapi sekadar nk bagi pendapat boleh la kut..Dlm masa dua hari ni,aku didatangi berita dari dua org kawan aku yg dulu ahsyik mahsyuk bercinta..tup tup aku dpt tau sorang sgt kecewa dgn teman lelaki beliau yg ingin kembali kepada exgf nyer,dan sorang lagi baru di'cerai'kan..tanpa diberitahu sebab nyer..ehm..payah gak tue..bila bagi nasihat memng baguih punya..kalau kena kat diri sendiri camner..ya ampun sakit gak kan..hehehe..tetapi gua kena mantain beb...konon2 brader love la nih kan...hehe puii...Tapi demi membantu anda yg putus kasih atau baru lepas break off atau kecewa dgn 'cinta agung'(konon nyer la kan) yg sebelum nya,meh nk kasi tips...semoga dpt la membantu kalian yg bermuram durja kecewa lara tue utk pulih dari luka itu..cheeeewah...puii

Biasa la bila bercinta semuanya indah… Memang tak dapat lupakan si Dia. Makan ingatkan si Dia, tidur ingatkan si Dia, mandi ingatkan si Dia… Boleh kata dalam apa jua hal pun memang teringatkan si Dia la.

Tapi masalahnya bila dah putus cinta pun masih ingatkan si Dia. Susah nih kak long oii… Jadi di sini ada sedikit tips kepada sesiapa yang ingin lupakan si Dia..


TERIMA HAKIKAT
Pertama sekali anda perlu menerima hakikat si-Dia anda bukan lagi milik anda. Anda perlu belajar untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan.

MELARIKAN DIRI
Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melarikan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan anda. Cuba anda pergi ke satu tempat yang agak jauh dari tempat anda duduk sekarang dan rehatkan minda anda. Tapi jangan la buat kerja gila dengan pergi ke tempat anda date dengan si-Dia dulu tu,itu menambah parah la dik..lagi satu..bukan lari berganti-ganti yer..kang masalah tak selesai tapi penat yg dapat..huhu

LUAHKAN PERASAAN
Bermaksud luahkan masalah kekecewaan anda supaya tak terbuku di hati..Emmm luahkan perasaan anda kepada sahabat karib anda. Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan itu akan dapat menghilangkan tekanan anda..


ANDA PULA DENGAR LUAHAN MEREKA
Apabila anda mendengar luahan rakan anda sekurang-kurangnya anda tahu bahawa anda bukan seorang sahaja menerima nasib yang teruk.

JANGAN DUDUK SEORANG DIRI
Maksudnya elakkan duduk bersendirian yg boleh menyebabkan anda sering terfikir kan nasib diri yg dirundung malang tue..Tapi jgn la pulak anda cuba berjalan sendirian di lorong2 gelap ek..nanti sakit dapat,masalah lain pulak sampai..huhu cuba la cari kawan2 utk berkongsi masalah atau cerita..maybe hilang stress tue nanti..

INGAT ORANG LAIN
Masih tak dapat lupakan si Dia? Urghhh susah nie. Macam nie la kalau masih teringatkan si Dia kenapa anda tak cuba ingat dekat orang lain… Ahli keluarga ke, artis ke, idola ke, tapi kalau boleh jangan cuba untuk teringatkan kawan sejantina anda… Bahaya tu karang jadi lain lak.

BUANG JER HADIAH TU
Bunga ke… Jam ke… Penanda buku ke… Novel ke…Mangkuk tingkat ker,getah pemadam ker..Anda buang sahaja hadiah tu… Mungkin ia seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik. Atau anda pulangkan kembali hadiah itu kepada si Dia. Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu kerana anda seperti menghina pemberian si Dia. Dan satu lagi kalau si-Dia bagi anda hadiah seperti rantai emas berjumlah RM5000 rasanya takyah laa buang hadiah tu...pikir yg logik2 la..huhu

BERDOA DAN BERTAWAKAL
Ini adalah solution yang terbaik bagi segala-galanya. Berdoa lah kepada-Nya agar diberi kekuatkan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan yang serasi.Tapi jgn la time kecewa korang berdoa solat bagai tapi pas jumpa pasangan baru korang lupa pulak siapa DIA..kan tak elok tue..

MEMINJAM KATA-KATA UMAR AL-KHATTAB "TAKKAN KAMU BERPERASAAN GUNDAH WALAU SEKALI JIKA KAU TAHU APA YANG DI CARI"

FIKIR-FIKIRKAN LAH YER...SELAMAT BERJAYA...