TIADA LAGI AKU

MySpace 2.0 Layouts

slideshow

Jumaat, 5 Ogos 2011

Ish..ish dah Sampai Ramadhan Ke 6...:)

Assalammualaikum semua...Apa..? dah 6ramadhan 1432 hijrah? cepatnya waktu berlalu..dah hampir seminggu pun kita berpuasa...ehm..bagaimana dgn puasa kalian sahabat2 ku? dapat menjalani ibadah puasa dgn baik? atau setiap hari kita mampu pusing 5 bazar ramadhan setakat hari ini..satu hari satu lokasi bazar ramadhan wajib kalian kunjungi..wah dahsyat...hebat..apa2 pun diharap puasa kita pada tahun ni lebih mantop atau lebih upgrade berbanding tahun2 sebelumnya...

Bagi diri Saya..Alhamdulillah dapat berpuasa di siang hari dan dapat jua mengisi malamnya dgn ibadat sunat yg digalakkan di bulan ini...Pagi2 mcm ni rasa banyak nk cerita tapi takut terkeluar topik pulak..hehe..
Sebenarnya sebentar lagi nk ke Jerantut Pahang untuk mengambil barang dari Pembekal untuk sy mencari rezeki bagi menambah duit belanja di Hari raya ini hehe..

InsyaAllah terlanjur ke jerantut tu teringin sy nak singgah ke Kg Di Lanchang Temerloh Pahang Bertemu Ibu saya dan anak buah tersayang walaupun rasanya tak dpt berbuka bersama Ibu,dapat jenguk ibu sekejap pun jadilah InsyaAllah..kalian Doakan kesejahteraan sepanjang Perjalanan sy nanti yer..Agar sy selamat sampai ke destinasi dan selamat pulang ke KL..Seketika sy nak pergi nih,sy tinggalkan kalian dgn Lagu ni.. meh dgrkan lagu nih yer dan hayati bait2 kata liriknya..sayu jer dgr lirik2 dan alunan suara penyanyinya..Selamat Menghayati yer ,selamat berpuasa...selamat berbuka..selamat segalanya..insyaAllah :)






Khamis, 4 Ogos 2011

KeinsaFan....Selagi belUm TerlamBaT..

MungKin ada yg kurang berminat dgn tajuk entri aku kali ini..mungkin ada jua yg mencebik tatkala terbaca catatan ini sedari tahu yg pemilik blog ini adalah Aku.. sambil berkaTa2 dlm hati 'mcm lah baik sgt' tapi aku tak kesah..ini adalah ruang untuk aku berkongsi pengalaman aku dan juga yg menimpa kawan aku..

Mula2 aku nk bertanya pada kalian..pernahkah kalian terfikir bila waktu usianya kalian akan mati? atau pernahkah kalian terfikir akan dgn cara bagaimanakah kalian akan pergi menyahut seruan ilahi?

Ianya tiba2 bermain di benak fikiran ku ini...bukan Apa,idea untuk menulis topik ini bermula dgn kisah aku dan apa yg berlaku kepaada sahabat baik ku..

Ceritanya begini..
Pada 1Ramadhan lalu aku hampir terlibat dlm kemalangan dengan sebuah Kereta Honda City..waktnya lebih kurang 1jam sebelum berbuka puasa dan aku menunggang motosikal menuju ke lokasi kerja (site),sedang aku menunggang motor pada kelajuan 60km/jam meluncuri dicelah2 kereta (laluan tengah diantara kereta yg bergerak)aku mengharungi jammed tiba2 sebuah honda city menukar laluan ke kiri (jln sehala) tanpa meberikan lampu isyarat,aku terkejut dan utk mengelakkan aku bertembung dgn kereta tersebut aku mnekan brek dan menukar ke sebelah kanan untuk berada di posisi yg selamat,tiba2 kereta tersebut sekali lagi menukar arah laluan semula ke kanan...motosikalku hampir terbabas dan ku mengawal sebaik mungkin sambil membrek walaupun pada ketika itu aku rasakan aku mungkin akan 'mencium bontot' kereta tersebut dan berdentum..Alhamdulillah aku tidak merempuh kereta tersebut dan pmandu tersebut mengangkat tgn tanda memohon maaf..mungkin Kerana dibulan Puasa aku bersabar dari berhenti untuk memarahi dan menghamburkan makian terhadap pemandu itu (pemandu wanita).

Esoknya Pada 2Ramadhan selepas mengerjakan terawih,aku yg dari Kelana jaya,sedang memandu kereta sendirian pada waktu,itu iaitu jam tepat jam 11 mlm, Aku melalui Lebuhraya LDP.Sedang aku berada di sebelah kanan iaitu baru selesai memotong kenderaan,tiba2 aku terasa dirempuh dari belakang dan bergegar kereta ku( sebelah kiri),aku terkejut dan aku melihat side mirror,kelihatan sebuah kereta warna hitam telah melanggar bumper kereta aku dan terus memecut meninggalkan aku,Alhamdulillah sempat jua aku mencatat no plat kereta tu..(WRX 88) kereta jenis BMW warna hitam..Aku nampak kereta tersebut menukar laluan dan cuba lari..aku tidak mengejar kereta tersebut dan mengambil keputusan untuk terus pulang kerumah dan melihat kerosakan di bahagian belakang kereta aku,difikiran aku,Kalau Serius kerosakkanya (kemek@pecah Bumper aku,aku nekad untuk ke Balai Polis membuat laporan..Setelah aku berhenti aku teliti tida kerosakan yg berlaku cuma kesan cat hitam di bumper dan sedikit calar sahaja...Aku rheda dgn Ujian Allah ini..Syukur tiada yg teruk sgt..

Pada keesokkan harinya iaitu sebelum pulang dari opis, aKu menceritakan insiden yg berlaku kepada si Ahmad Roslan iaitu rakan sejawat ku,dan beliau mengatakan ini semua ujian untuk aku (dgn nada bergurau dan tersenyum) Ahmad Roslan memang dikenali dgn sikap suka bergurau,sekepala dgn aku..Aku pun anggap ianya biasa sajalah..tak fikir apa2 sgt pun..mungkin ada benar kata beliau tue..

Pada Jam 4.50am aku terjaga dari tidurku dan aku bangun untuk bersahur pagi itu.AKu lihat di Telefon ada banyak Panggilan Tak Berjawab dari Ahmad Roslan...Terus ku hubungi beliau dan aku terkejut, pada ketika itu yg menjawab panggilan telefon tersebut bukan beliau sebaliknya isteri beliau si Zaida..Zaida menceritakan kpd aku yg Ahmad Roslan telah terlibat dlm kemalangan selepas pulang dari Bermain Futsal mlm tu....

Pada pagi itu selepas subuh aku menghubungi lagi Zaida untuk memberitahu aku ingin melawat Suami beliau..dan pada ketika itu Ahmad Roslan yg menjawab panggilan itu dan memberitahu beliau sudah dibenarkan pulang dan masih lagi terkejut,namun beliau sempat mengatakan kpd aku yg hidupnya umpama mati hidup semula kerana diberi peluang oleh Allah untuk bernafas lagi tanpa sebarang kecederaan dari kemalangan ngeri tersebut.. dan pada pagi itu beliau sempat mengirimkan gambar kenderaan tersebut..
jika dilihat pada kenderaan yg dinaiki Ahmad Roslan Nampak mcm penumpang dan pemandunya parah tapi Alhamdulillah Ahmad Roslan hanya Pengsan kerana terkejut manakala rakan beliau masih trauma..



ngeri jugak aku tgk..mcm tak percaya je,tiada kecederaan seriaus berlaku pada belaiu akibat perlanggaran tersebut..Tapi itulah yg dikatakan Umur masih Panjang dan Allah masih memberikan ruang kepada beliau untuk hidup di dunia ini dan memperbaiki kesilapaan setersnya memulakan hidup yg baru..

Jadi...Aku terfikir bilakah aku akan dijemput dan andai aku dijemput bertemu ilahi dlm keadaan aku yg tidak bersedia ini disamping dosa2 yg pernah aku lakukan,apalah nasib aku DISANA NATNTI..? pernah kah kita menginsafi diri dan cuba berlaku adil pada diri dan Allah SWT agar tidak melakukan kemungkaran bilamana sihat sejahtera? Ataupun memang menjadi habit kita untuk mencari sejadah menghadap kiblat memohon kepada Allah mengampunkan dosa kita apabila kita ditimpa kesusahan/Dugaan sebegini..

Aku tak berniat untuk Menakutkan sesiapa melalui cerita KEMATIAN ini..Tapi Fikirlah..Keinsafan Itu perlu untuk kita mengubah diri kepada yg lebih baik lagi..INSYAALLAH...

Jadi Lagu keinsafan dari Krabat ini amat sesuai untuk diperdengarkan bertepatan dgn kisah yg cuba aku sampaikan itu..Hayati Lirik dan senikata lagu ini..yg Baik itu dtg dari Allah SWT dan yg buruk itu jua atas keizinanNya dan kesilapan kita sendir..

Ahad, 31 Julai 2011

Salam Ramadhan untuk Semua...

Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan ini Ana mengucapkan salam ramadhan kepada ente-ente sekalian semoga dgn kedatangan Ramadhan ini dapatlah kiranya kita bersama2 menjalani ibadah pusa disamping beramal ibadat lain seperti mengerjakan solat terawih berjemaah mahupun bersendirian dan membaca al-quran...Bagi diri ana,ana berpuasa tahun ini sama dengan tahun2 yg sebelumnya,masih lagi sendirian tanpa keluarga disisi yg jauh di desa sebagai anak rantau...

Namun begitu dengan siapa sekalipun kita berpuasa bagi ana ianya bukanlah satu perkara yg patut dijadikan alasan untuk kita menjalani ibadah puasa,tetapi walau dalam apa jua keadaan sekalipun tanpa keuzuran kita mestilah berusaha menjadikan puasa kita pada tahun ini sebagai ibadah kita yg paling terbaik dari tahun2 yg sebelumnya..ini kerana kita patut bersyukur kerana dipertemukan dgn Ramadhan lagi,manalah tahu pada tahun hadapan kita tak sempat menjalani ibadah puasa lagi maka jadikanlah iibadah puasa pada
kali ini sebagai yg terbaik dan seakan yg terakhir bagi kita..

Jadi Ucapan dari ana,selamat berpuasa kepada semua...Jangan puasa yang yang yok yer..pagi pagi cari periuk huhu..kepada yg belum berkahwin mcm ana kalau nak jemput ana berbuka puasa mahupun bersahur bersama2, boleh saja..ana menunggu jemputan dari kalian semua..apa2 pun Assalamualaikum dan salam Ramadhan...

Terimalah Lagu ini sempena kedatangan bulan ramadhan Al-mubarak Ini...



Kalau berpuasa tapi tak solat pun tak lengkap juga..jadi rakan2 mari kita bersolat dan berpuasa yer..:)