TIADA LAGI AKU

MySpace 2.0 Layouts

slideshow

Ahad, 7 Februari 2010

ALHAMDULILAH..


Hari ini kita masih lagi mampu melakukan banyak perkara seperti mana semalam...namun semakin kehadapan kita berjalan,kita tidak mampu untuk undurkan masa yang berlalu bersama memori-memori yang pergi bersama masa yang menghilang..
PERJALANAN yg kita bakal lalui adakah direntas dengan baik dan sampai ke tempat yang di tuju seperti mana yang kita rancangkan..Semuanya bergantung kepada Plan dan bekalan serta ilmu yang kita bawa semasa meneruskan perjalanan itu..

Alhamdulilah..di bulan februari ini..aku dapat rasakan apa yang aku rancang dan aku aturkan sebelum ini telah berjaya membuahkan hasil..walau tak besar hasilnya ,namun sedikit sebanyak menjadi tonik penaik semangat aku untuk melangkah lagi setapak demi setapak ke laluan yang lebih selesa...

Tapi biasalah ..kalau nak berjaya..kita ramai musuh..dan musuh yg paling kuat sekali menghalang kita adalah diri kita sendiri..berusahalah untuk melawan musuh itu...
Musuh yg seterusnya adalah orang yang seringkali memandang rendah dan melemparkan kata-kata sindiran tatkala kita baru nk melancarkan startegi demi melebarkan sayap kejayaan..

Argh..Persetankan itu semua...nanti bila dah nampak hasilnya..ramai yang bakal celik mata dgn kita..biarkan mereka..Entah esok atau lusa salam dihulur dari mereka demi meminta tips bagaimana untuk berjaya seperti kita...
Bagi aku..REZEKI JANGAN DITOLAK..DAN MUSUH JANGAN DI CARI..Biar kita dianggap musuh ,tapi kita anggap mereka ini kawan untuk kita buktikan kemampuan kita..janganlah kita nak ikut rentak mereka macam budak-budak baru nak kenal dunia tu..Kita kena profesional dalam melaksanakan sesuatu agar hasil yang kita peroleh nanti adalah untuk mereka yang melakukan kerja yang PROFESIONAL..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan