TIADA LAGI AKU

MySpace 2.0 Layouts

slideshow

Sabtu, 21 Ogos 2010

Kegagalan Dalam Cinta_Untuk Wanita sahaja...

Pernahkah anda bertanya kepada diri anda sendiri mengapa anda dikecewakan? Kemudian anda merasakan yang Tuhan tidak adil, menghukum anda dengan berbagai-bagai kegagalan di dalam cinta. Lalu jiwa dan minda anda berkecamuk dengan berbagai persoalan…

Sebenarnya, anda patut mengawal kuasa minda anda dengan menerima situasi ini sebagai satu ANUGERAH dari yang Maha Esa…

Saya melihat apabila sesebuah perhubungan itu gagal, let’s say… lelaki itu telah mengecewakan anda kerana ingin bersama wanita lain…

Bagi saya, anda bernasib baik! Kalau tidak, anda akan terus bersama lelaki yang curang dan jahat! Jadi, ada lebih baik anda putus hubungan dan gagal bercinta dengan lelaki itu sekarang daripada anda bersamanya terus. So, kekecewaan itu adalah satu anugerah untuk anda, kan?!

“Setiap kegagalan PASTI ada kejayaan, setiap perpisahan PASTI ada pertemuan! …anda baru putus cinta? Bersedia untuk menerima kedatangan cinta orang baru ;) ”

Itulah yang selalu terjadi kepada saya. Setiap kali I bertemu seseorang, bercinta, akhirnya berpisah…yes KECEWA, tetapi PASTI, ianya adalah kerana I akan bertemu dengan seseorang yang jauh lebih baik dari yang dulu! Paling penting, JANGAN PUTUS ASA!…

“Bercinta banyak-banyak, then kecewa pun banyak…lagi cepat you all menghampiri bahagia beb hehe…”. Rugilah jika putus asa, sedangkan selepas kecewa, gagal dalam cinta…kita sebenarnya menghampiri kejayaan dan kebahagiaan di dalam percintaan baru. Dan I yakin tentang perkara ini kerana sudah berkali-kali happen to me!

“kita gagal, kerana kita akan berjaya. Kita kecewa, kerana kita akan bahagia, dan kita berpisah, kerana kita akan bertemu dengan orang baru!” Percayalah! ;)

-by Razzi Rahman-

1 ulasan:

  1. suka tul ngan kata-kata nie, yup memang betul tak dinafikan, bagi mot sendiri yang selalu gagal dalam percintaan, mot tabah menghadapi, always think positif, janganlah disebabkan lelaki kita nak down sesangat, frust sekali jerlah tapi taklah secara overdose..hehehe..macam mana kita nak pk positif?? senang jer, Allah tau yang that guy bukan yang terbaik buat kita, even kita sendiri tau dier baik, sesungguhnya Allah maha mengetahui atas apa yang kita semua lakukan..dan kena igt jugak manusia nie bukan malaikat, manusia ada nafsu samada baik atau jahat..so kalau kita kecewa tu bermakna dier bukanlah yang terbaik buat kita..be happy always..andai berlaku lagi kekecewaan terimalah dengan sabar dan redha atas setiap apa yang berlaku..

    BalasPadam