TIADA LAGI AKU

MySpace 2.0 Layouts

slideshow

Sabtu, 16 Oktober 2010

RINDU PADA YANG TAK SUDI...???

(Saya terbaca satu artikel dari seorang sahabat saya di Virtual Friends..sy tertarik untuk dibincangkan..so kepada anda yg ingin berkongsi pendapat boleh la tinggalkan mesej di ruangan komen yer..)

Apa perasaan anda bila dapat tahu, orang yang paling anda sayang... orang yang paling anda cinta... orang yang paling anda rindu... dalam diam², dia rindukan orang lain, dia masih sayang & cintakan kekasih lama. Dia sukar lupakan kekasih lama walaupun sedang bkasih dengan anda. Hatinya masih pada kekasih lama sedangkan anda & dia sudah bjanji untuk shidup smati hingga jinjang pelamin.
Adakah hati anda hancur luluh apabila dapat tahu, anda diterima dalam hidup dia semata2 kerana dia ingin lupakan kekasih lama & akhirnya ingatan kisah silam masih belum luput dalam memorinya.
Wajarkah kita membiarkan dia dbuai kenangan silam sedangkan hati kita semakin hari semakin hancur akibat dkhianati. Setiap kali berlaku perselisihan faham, hatinya seolah2 membenci anda. Ketika itu ingatannya cuma pada kekasih lama. Rindu pada kekasih lama semakin menebal setiap kali dia membenci anda.
Adakah ada kebahagian di akhir perkahwinan ini? Siapakah yang harus dipersalahkan? Adakah dia... yang masih teringatkan kisah silam? Atau kita yang terus bersabar melayan karenah dia sehingga diri sendiri kecewa?
Wajarkah kita menjadi mangsa keadaan apabila berlaku krisis perhubungan? Wajarkah kita djadikan boneka ketika situasi memerlukan? Kenapa kisah silam masih kuat dalam ingatannya? Kenapa kita yang perlu jadi korban?
Salahkah kita meninggalkan dia keseorangan dibuai kenangan silam? Kenangan silam yang belum tentu menjadi kenyataan?
Perlukah diberi peluang kepadanya untuk berpijak dibumi yang nyata? Masihkah ada kebahagiaan antara kita & dia? Atau tidak...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan