Ahad, 6 Mac 2011
Kegagalan Dalam Cinta
Mungkin ada yg pernah membaca catatan TLA sebelum ini...iya..memang TLA pernah menulis topik sebegini sebelum ini..jika ada yg terlepas pandang..tak mengapa..kali ini kita bincangkan lagi..khusus untuk awek2 yg putus cinta yg lemah semangat dan berputus asa kerana gagalnya bercinta..tapi kalau lelaki pun kecewa ya amat kerana ditinggalkan kekasih pun boleh baca pandangan yg TLA kongsi ini..harap2 yg mana kecewa tue dpt la lega sikit untuk meneruskan hidup yg baru...yeah!
Ehm..Gagal Bercinta??? Pernahkah anda bertanya kepada diri anda sendiri mengapa anda dikecewakan? Kemudian anda merasakan yang Tuhan tidak adil, menghukum anda dengan berbagai-bagai kegagalan di dalam cinta. Lalu jiwa dan minda anda berkecamuk dengan berbagai persoalan…
Sebenarnya, anda patut mengawal kuasa minda anda dengan menerima situasi ini sebagai satu ANUGERAH dari yang Maha Esa…
Saya melihat apabila sesebuah perhubungan itu gagal, let’s say… lelaki itu telah mengecewakan anda kerana ingin bersama wanita lain…
Bagi saya, anda bernasib baik! Kalau tidak, anda akan terus bersama lelaki yang curang dan jahat! Jadi, ada lebih baik anda putus hubungan dan gagal bercinta dengan lelaki itu sekarang daripada anda bersamanya terus. So, kekecewaan itu adalah satu anugerah untuk anda, kan?!
“Setiap kegagalan PASTI ada kejayaan, setiap perpisahan PASTI ada pertemuan! …anda baru putus cinta? Bersedia untuk menerima kedatangan cinta orang baru ;) ”
Itulah yang selalu terjadi kepada saya. Setiap kali I bertemu seseorang, bercinta, akhirnya berpisah…yes KECEWA, tetapi PASTI, ianya adalah kerana I akan bertemu dengan seseorang yang jauh lebih baik dari yang dulu! Paling penting, JANGAN PUTUS ASA!…
“Bercinta banyak-banyak, then kecewa pun banyak…lagi cepat you all menghampiri bahagia beb hehe…”. Rugilah jika putus asa, sedangkan selepas kecewa, gagal dalam cinta…kita sebenarnya menghampiri kejayaan dan kebahagiaan di dalam percintaan baru. Dan I yakin tentang perkara ini kerana sudah berkali-kali happen to me!
“kita gagal, kerana kita akan berjaya. Kita kecewa, kerana kita akan bahagia, dan kita berpisah, kerana kita akan bertemu dengan orang baru!” Percayalah! ;)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan