TIADA LAGI AKU

MySpace 2.0 Layouts

slideshow

Jumaat, 25 September 2009

TIADA LAGI AKU BERMUKADIMAH


Salam semua...alhamdulilah akhirnya aku ada sedikit masa nk terbitkan blog ni...kiranya aku dh jd blogger skrg ni..ehm..aku masih baru dlm penulisan blog jd aku harap kwn2 dpt menegur dan memberi tunjuk ajar pd aku agar aku dpt meneruskan blog ini dgn jaya nya..

Salam perkenalan kepada yg belum mengenali Aku salam silaturrahim dari TLA (Tiada Lagi Aku).

Semoga perkenalan dari pentas blog TLA ini akan menjadikan kita lebih bergelar KAWAN,SAHABAT,TEMAN..Aku juga mengharapkan tiada yg menjadi MUSUH,LAWAN,atau SETERU dlm perjalanan Aku di TLA..

Sebenarnya perjalanan ini cukup berliku dlm bergelar seorang insan..Hari demi hari yg dilalui semakin mendewasakan kita...Tekanan???...itu adalah lumrah bagi insan yg bernafas..jika tiada ranjau yg ditempuhi takkan menjadikan kita sebagai insan yg tabah bukan???..

namun harus diingat langkah yg bakal di atur perlu di adili baik buruknya sebelum setapak kaki di jejak ke hadapan waima mengundur ke belakang...kita yg patut tahu apa kesan dan apa yg bakal menunggu kita jika sesuatu tindakan itu di ambil..Namun kita hanya merancang Dia yg berhak menentukan..Kita perlu berani melangkah walau sebelum ini langkah sumbang di atur namun jadikan ianya satu titik tolak dalam kita menempa kejayaan di hari yang mendatang..

Kalau Tak Dipecahkan Ruyung Manakan Dapat Sagunya..benar bukan?..Jadi rancanglah perjalanan hidup anda dgn baik..perlu Diingat Kita Tak Pernah Merancang Untuk Gagal Tetapi Kita Seringkali Gagal Merancang..fikir2-fikirkan lah...Bangkitlah dari kejatuhan..Jadilah sebagai bola getah..Semakin jatuh ke lantai semakin kuat ia naik..Kita bagaimana ???sudah jatuh takkan ingin di timpa tangga lagi??? BANGUN dan Terus melangkah maju kehadapan..usah jadikan kegagalan sebagai penghalang untuk kita berjaya..Andai cemerlang tidak ditemui cukuplah kepuasan dalam diri hadir di setiap hentian perjalanan itu.Selagi nafas terlekat di rongga selagi jasad di perjalanan kita haruslah sentiasa berusaha dan terus berusaha tanpa mengenal erti jemu..