TIADA LAGI AKU

MySpace 2.0 Layouts

slideshow

Rabu, 9 Mac 2011

Putus Cinta? Tips Lupakan Sidia..




Ehm..berbicara pasal topik ni...aku bukan lah pandai sgt..tapi sekadar nk bagi pendapat boleh la kut..Dlm masa dua hari ni,aku didatangi berita dari dua org kawan aku yg dulu ahsyik mahsyuk bercinta..tup tup aku dpt tau sorang sgt kecewa dgn teman lelaki beliau yg ingin kembali kepada exgf nyer,dan sorang lagi baru di'cerai'kan..tanpa diberitahu sebab nyer..

ehm..payah gak tue..bila bagi nasihat memng baguih punya..kalau kena kat diri sendiri camner..ya ampun sakit gak kan..hehehe..tetapi gua kena mantain beb...konon2 brader love la nih kan...hehe puii...

Tapi demi membantu anda yg putus kasih atau baru lepas break off atau kecewa dgn 'cinta agung'(konon nyer la kan) yg sebelum nya,meh nk kasi tips...semoga dpt la membantu kalian yg bermuram durja kecewa lara tue utk pulih dari luka itu..cheeeewah...puii

Biasa la bila bercinta semuanya indah… Memang tak dapat lupakan si Dia. Makan ingatkan si Dia, tidur ingatkan si Dia, mandi ingatkan si Dia… Boleh kata dalam apa jua hal pun memang teringatkan si Dia la.

Tapi masalahnya bila dah putus cinta pun masih ingatkan si Dia. Susah nih kak long oii… Jadi di sini ada sedikit tips kepada sesiapa yang ingin lupakan si Dia..


TERIMA HAKIKAT
Pertama sekali anda perlu menerima hakikat si-Dia anda bukan lagi milik anda. Anda perlu belajar untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan.

MELARIKAN DIRI
Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melarikan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan anda. Cuba anda pergi ke satu tempat yang agak jauh dari tempat anda duduk sekarang dan rehatkan minda anda. Tapi jangan la buat kerja gila dengan pergi ke tempat anda date dengan si-Dia dulu tu,itu menambah parah la dik..lagi satu..bukan lari berganti-ganti yer..kang masalah tak selesai tapi penat yg dapat..huhu

LUAHKAN PERASAAN
Bermaksud luahkan masalah kekecewaan anda supaya tak terbuku di hati..Emmm luahkan perasaan anda kepada sahabat karib anda. Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan itu akan dapat menghilangkan tekanan anda..


ANDA PULA DENGAR LUAHAN MEREKA
Apabila anda mendengar luahan rakan anda sekurang-kurangnya anda tahu bahawa anda bukan seorang sahaja menerima nasib yang teruk.

JANGAN DUDUK SEORANG DIRI
Maksudnya elakkan duduk bersendirian yg boleh menyebabkan anda sering terfikir kan nasib diri yg dirundung malang tue..Tapi jgn la pulak anda cuba berjalan sendirian di lorong2 gelap ek..nanti sakit dapat,masalah lain pulak sampai..huhu cuba la cari kawan2 utk berkongsi masalah atau cerita..maybe hilang stress tue nanti..

INGAT ORANG LAIN
Masih tak dapat lupakan si Dia? Urghhh susah nie. Macam nie la kalau masih teringatkan si Dia kenapa anda tak cuba ingat dekat orang lain… Ahli keluarga ke, artis ke, idola ke, tapi kalau boleh jangan cuba untuk teringatkan kawan sejantina anda… Bahaya tu karang jadi lain lak.

BUANG JER HADIAH TU
Bunga ke… Jam ke… Penanda buku ke… Novel ke…Mangkuk tingkat ker,getah pemadam ker..Anda buang sahaja hadiah tu… Mungkin ia seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik. Atau anda pulangkan kembali hadiah itu kepada si Dia. Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu kerana anda seperti menghina pemberian si Dia. Dan satu lagi kalau si-Dia bagi anda hadiah seperti rantai emas berjumlah RM5000 rasanya takyah laa buang hadiah tu...pikir yg logik2 la..huhu

BERDOA DAN BERTAWAKAL
Ini adalah solution yang terbaik bagi segala-galanya. Berdoa lah kepada-Nya agar diberi kekuatkan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan yang serasi.Tapi jgn la time kecewa korang berdoa solat bagai tapi pas jumpa pasangan baru korang lupa pulak siapa DIA..kan tak elok tue..

MEMINJAM KATA-KATA UMAR AL-KHATTAB "TAKKAN KAMU BERPERASAAN GUNDAH WALAU SEKALI JIKA KAU TAHU APA YANG DI CARI"

FIKIR-FIKIRKAN LAH YER...SELAMAT BERJAYA...

Ahad, 6 Mac 2011

Cerita Ceriti...

KHINZIR DAN ARNAB



Seekor Khinzir sedang berjalan-jalan dlm hutan dan ternampak seekor arnab sedang melukis dibawah sbatang pokok...

Khinzir pun m'negur arnab tsebut..."cntik lukisan yg kamu lukis nie.."...
Arnab pun dgn bangganya m'jwb.."memang la,aku kan pelukis pro..."..

Khinzir t'sbt t'ingin skali mahu m'lihat lukisan wajahnya...Arnab dgn sgala kpkarannya cuba melukis wajah Khinzir tersebut sehensem yg mungkin...

Setelah brapa jam Khinzir b'posing maut akhirnya siap jgk lukisan t'sbt...
Arnab pun menunjukkan lukisan t'sbut kpda Khinzir dgn tersangatlah bangganya...

Tiba2 Khinzir mengamuk sakan dan menyepak terajang arnab t'sbut hingga sparuh mati....dgn kudrat yg ada arnab m'beranikan drinya b'tnya dgn Khinzir t'sbut knpa tiba2 Khinzir mengamuk xtntu pasal...

Lalu Khinzir pun b'kata...

"AKU MAU KAU LUKIS SKALI LG MUKA Aku...SEKALI LG KAU LUKIS MUKA AKU MACAM BABI MAMPUS KAU AKU KERJAKAN!!!!"



KISAH MAKCIK YANG SANGAT MEMERLUKAN

Suatu hari, sebuah bas kilang yang memuatkan pekerja wanita sahaja sedang menuju kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan kampung. Dalam perjalanan tu, mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas.



Nak di jadikan cerita, ada seorang mamat kat tepi jalan menahan bas tersebut, nak mintak tumpang, jadi bas tu pun berhenti la. Tetiba lebih kurang 6 orang perompak keluar nak merompak bas tersebut..



Sorang perompak berkata.." Keluarkan dan bagi semua barang kemas yang korang ada..!!Cepat..!!"



Sorang pekerja kilang tu membalas.." ..tapi..kami tak bawak barang kemas kalau gi keja..duit pun sikit je.."



Perompak berfikir seketika.."Ha..gini la..sebab korang takder barang kemas & duit..kami rogol korang SEMUA..ahahhaa.."



Tiba2 seorang Pekerja kilang yang muda bersuara.." Alalaa...takkan la makcik yang kat belakang tu nak rogol jugak..tak kesian ker.."



Tetiba..makcik tu berdiri.." Weh..korang nie..tak paham ker..dah dia cakap SEMUA tu..maknanya SEMUA la.." Jgn la banyak soal...huh!

**mOral 0f The Story : eh..Ada moral ke cite nih? huhu



Bapa Siapa Hebat???

Suatu hari di sebuah sekolah rendah..

Roslan : Kau nak tau Bapak aku hebat...
Semua orang takut ngan dia.Orang Jahat akan lari bila nampak bapak aku..

Suhardi : bapak ko kje ape?
Roslan : Bapak aku seorang anggota Polis..

Suhardi: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk,xkira sape orang tu..Baik ke jahat ke menteri ke sape2 lah semua akan ikut cakap bapak aku..

Roslan: Wow! Bapak ko kje apa?

Suhardi: Tukang gunting rambut...

Moral of the story : jgn bangga dgn pangkat dan kuasa yg ada,ada lagi yg berkuasa dari kita..




Meninggal Dunia Selepas Terbaca Email

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut.



Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:



To : Isteri kesayanganku

Subject : Abang telah selamat sampai

Date : 30 Nov 2010



Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita. Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok. Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.



Moral of the story: Semak betul-betul alamat email yang dihantar.





MENGAPA ORANG TUA ITU JALAN TERKANGKANG?

Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang.

Pelajar A kata "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry" Pelajar B pulak kata " Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki"Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu?" Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.

Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?

Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?

Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.

Orang Tua: Emm... bukan.

Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.

Orang Tua: ...pun bukan.

Pelajar A: Habis tu?

Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi... dah 3 hari aku tak kentut, jadi aku teran kuat-kuat tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang...

***moral Of da story :jgn sibuk sgt hal org..byk bnda lain boleh difikirkan...huhu






HARAM KAHWIN SATU PEJABAT

Ajoi dan Sumardi yang baru balik dari solat jemaah Isyak di Masjid berborak-borak sambil berjalan.

Sumardi: Aku nak kawin la Joi..

Ajoi: Alhamdulillah, dengan budak mana bai?
...
Sumardi: Satu pejabat joi..

Ajoi: Ish mana boleh kawin satu pejabat… haram tuh!

Sumardi: (mula hangin) ko jangan memandai buat hukum sendiri la Joi!

Ajoi: Betullah! Sengal2 aku nih,aku selalu dengar ceramah agama tau!

Sumardi: Ko ni dah belajar ajaran sesat agaknya..

Ajoi: Takde la bai, lu tanyalah mana-mana ustaz pun...mesti haram nyer jawapan diorang..

Sumardi: Ok, ok cuba ko cakap sebab apa haram?

Ajoi: Islam suruh kawin paling ramai pun boleh 4 orang jer… kalau dah satu pejabat ko yang ada 20-30 org perempuan tu kan ke haram?huhu

Sumardi: HAmpeh..terkena lagi aku……huh!
*** Kalau kawin 4 bini yang satu tempat keje macamana pulak yer?huhu


Salah Faham....



Pada suatu malam telefon rumah Ani seorng pustakawan berdering...bukan sekali deringannya,tapi berkali2..akhirnya Ani mengangkat telefon..

Pemanggil : cik,pukul brape perpustakaan akan dbuka?
seorng pemuda dhujung talian btanya...

Ani :jam 9 pg encik,ape hal yg penting sngt encik menelefon sy ditengah malam buta ni?

Pemanggil :tak de la penting sangat, cuma nak tanya..boleh buka awal lg ke dari waktu itu?
pemuda itu bertanya lg dgn nada kcewa..

Ani :Tidak,perpustakaan hanya akan dibuka pada tepat jam 9pagi..Ani menajwab dgn nada yg lebih tinggi.

Ani :penting sangat ke smpai tidak boleh tunggu sehingga jam 9 pagi esok untuk masuk?tanya Ani lagi..

Pemanggil :siapa kata saya mahu masuk???
SY MAHU KELUARRR LAAAAA...!!!!!'

Hehe..rupa2 beliau terkurung dalam Perpustakaan tue daaaaaa...huhuhuhu




Kemalangan Ngeri...Ahh dahsyaaaaaaat...



Pada satu petang, Mail berjalan kaki pegi ke kedai. Dia telah disuruh oleh emaknyer supaya membeli satu sarang telor.(maknanya telur sebanyak satu sarang,bukan sarang telur kosong yer)



Dalam perjalanan menuju ke kedai, sedang Mail berdiri kat tepi jalan, tiba-tiba beliau ternampak satu kemalangan yg berlaku betul2 50km dari tempat beliau berdiri..kemalangan membabitkan dua buah kereta yg mana telah berlanggar di hadapan beliau.pada waktu itu..



Mail terkejut dan kaku tak boleh bergerak disitu. Sehinggalah polis dan ambulan tiba,maka kerja2 menyelamat tamat dan pihak berwajib selesai mengeluarkan semua mangsa yg terlibat.



Apabila semua mangsa kemalangan tersebut berjaya dibawa ke hospital, Mail pun bergegas la balik ke rumah dan pada masa yg sama beliau terlupa la membeli telor….
Setibanya di rumah, dengan penuh perasaan Mail pun menceritakan la kisah kemalangan ngeri yang berlaku depan matanyer pada emak beliau.



“Dahsyat nyer Mak… ngeri sungguh,, kaki drebar kete tu tercabut, terpelanting ke seberang jalan nun…. Tangan dia putus…

Drebar sorang lagi tu, kepala pulak pecah…. Perut terburai… heish ngeri sungguh!!”



Tiba-tiba emaknyer mencelah..

“Telornyer mana?”



Mail menjawab, “Errr… yang tu Mail tak perasan… tak tau pulak ke mana telor dia terpelanting!!!”


Mak beliau tergamam...nak marah ke nak sedih pun beliau tak tahu..huhu..

Yang sengal dan Yang sendal...

Kisah Nenek pakar It..Mungkin Kerana terlebih pandai,nenek nih membetulkan/memadamkan kesalahan menaip teks di skrin komputer menggunakan liquid paper..
terbaik lah nek..huhu



Iklan Jawatan Kosong Sebagai Menantu..sape berani call la nombor Phone ni...



Adegan Gurauan Yang Tak Ingin Kita Lihat...



Berkhidmat sebagai anggota tentera mestilah sentiasa bersedia dlm apa jua keadaan dan sebagai buktinya mungkin anggota tentera ini sedang bermesra bersama isterinya dirumah dan secara tiba2 mendapat panggilan dari kem untuk latihan tergempar ( tersarung pakaian dalam isteri beliau) punyalah nk cepat kan..hahaha


"Biarlah apa orang lain kata...kami bahagia merempit sana sini"..kata chikaro ini lantas meneruskan perjalanan mereka...



Berbumbungkan motosikal ex5,lantainya atap rumah retak seribu...(mcm lagu tema Bersamamu@tv3 plak ) kuat woo budak nih...hehe..



Mereka sanggup menggadai nyawa tidak menaiki kereta bagi mengelakkan kesesakkan lalu lintas...kalau polis nampak ni,sanggup ke polis saman mereka nih? hehe



"Suatu ketika dahulu sayalah pemandu terpantas" mungkin itu yg sedang bermain difikiran nenek ini..hehe



kasih sayang seorang Ibu..sanggup bersusah payah demi membesarkan anak nya..tp gambar kat bawah mcm nampak dier jer yg 'besar'..anak dier entah sempat hidup lama ke tak agaknya..huhu



Lelaki Maskulin bln ini..Beliau Memegang prinsip hidup "Ada Gaya Semua Boleh Berjaya" Motto hidup mamat nih..huhu




Agaknya inilah yg dinamakn pijak kawan..untuk mencapai apa yg dihajati seseorang itu sanggup menindas kwan nyer sendiri..




Yang nih aku tak tau nk kata apa..anjing nih terlebih pandai la...haha...tak pun anjing nih nk membuang kut masa tue,and tetiba jer polis suh suspek2 tue terlangkup di dinding sebaris dgn anjing tue..Inikah yg dikatakan 'manusia punya salah anjing dapat nama' (glemer)??? sebab termasuk sekali dlm gambar and secara automatiknya dikenali ramai..hehe




Kalau bergambar dgn berpakaian begini apa yg nk dikenang-kenangkan kan? sape yg kenal?
entah2 diorang pun lupa mana satu gambar diorang kut..huhu..dunia-dunia..:-)


Bertepataan dgn pepatah "Dimana ada kemahuan disitu ada jalan" mungkin jalan nak kena maki dek orang kut...org tgh sibuk lalu lalang dier boleh memancing pulak..hadui..huhu

Kegagalan Dalam Cinta




Mungkin ada yg pernah membaca catatan TLA sebelum ini...iya..memang TLA pernah menulis topik sebegini sebelum ini..jika ada yg terlepas pandang..tak mengapa..kali ini kita bincangkan lagi..khusus untuk awek2 yg putus cinta yg lemah semangat dan berputus asa kerana gagalnya bercinta..tapi kalau lelaki pun kecewa ya amat kerana ditinggalkan kekasih pun boleh baca pandangan yg TLA kongsi ini..harap2 yg mana kecewa tue dpt la lega sikit untuk meneruskan hidup yg baru...yeah!


Ehm..Gagal Bercinta??? Pernahkah anda bertanya kepada diri anda sendiri mengapa anda dikecewakan? Kemudian anda merasakan yang Tuhan tidak adil, menghukum anda dengan berbagai-bagai kegagalan di dalam cinta. Lalu jiwa dan minda anda berkecamuk dengan berbagai persoalan…

Sebenarnya, anda patut mengawal kuasa minda anda dengan menerima situasi ini sebagai satu ANUGERAH dari yang Maha Esa…

Saya melihat apabila sesebuah perhubungan itu gagal, let’s say… lelaki itu telah mengecewakan anda kerana ingin bersama wanita lain…

Bagi saya, anda bernasib baik! Kalau tidak, anda akan terus bersama lelaki yang curang dan jahat! Jadi, ada lebih baik anda putus hubungan dan gagal bercinta dengan lelaki itu sekarang daripada anda bersamanya terus. So, kekecewaan itu adalah satu anugerah untuk anda, kan?!

“Setiap kegagalan PASTI ada kejayaan, setiap perpisahan PASTI ada pertemuan! …anda baru putus cinta? Bersedia untuk menerima kedatangan cinta orang baru ;) ”

Itulah yang selalu terjadi kepada saya. Setiap kali I bertemu seseorang, bercinta, akhirnya berpisah…yes KECEWA, tetapi PASTI, ianya adalah kerana I akan bertemu dengan seseorang yang jauh lebih baik dari yang dulu! Paling penting, JANGAN PUTUS ASA!…

“Bercinta banyak-banyak, then kecewa pun banyak…lagi cepat you all menghampiri bahagia beb hehe…”. Rugilah jika putus asa, sedangkan selepas kecewa, gagal dalam cinta…kita sebenarnya menghampiri kejayaan dan kebahagiaan di dalam percintaan baru. Dan I yakin tentang perkara ini kerana sudah berkali-kali happen to me!

“kita gagal, kerana kita akan berjaya. Kita kecewa, kerana kita akan bahagia, dan kita berpisah, kerana kita akan bertemu dengan orang baru!” Percayalah! ;)