TIADA LAGI AKU

MySpace 2.0 Layouts

slideshow

Khamis, 3 Mac 2011

Perempuan Owh Perempuan...Lawak Dan Pedoman :)

Iklan Jawatan Kosong Yg Terlanjur...


Ni hah.. aku terjumpa satu iklan jawatan kosong..lepasan ijazah,diploma mahupun PMR dijemput menghadiri temuduga ni...Antara korang berani atau tak jer...no phone ada tertera pada iklan tue..Korang jgn call aku...call no tu yer...selamat mencuba...hehe..

Rabu, 2 Mac 2011

AYAT-AYAT POWER..

Memang Power la penangan ayat dibawah ni..ptg tadi sekali lagi aku bertemu Mutiara Kata yg ditampal didinding opis ku..mcm biasalah aku sempat snap untuk di kongsi dengan pembaca dan pengikut Blog TIADALAGIAKU..cuma gambarnya memang senget..dh puas aku rotate ,dier kuar mcm tu jugak..so korang pusing2kanlah leher korang tue yer..apa2 pun..selamat mengkaji dan beramal yer...:-)

Isnin, 28 Februari 2011

MUTIARA KATA

Semasa aku menghantar report di ofis pagi td,aku terjumpa satu nota yg ditampal didinding bersebelahan Lif masa aku nak turun ke tingkat bawah..Aku baca kata2 yg tertera di nota tersebut..nampak ianya sangat bermakna,jadi aku nk kongsi dgn korang..apa kata korang baca dan fikir2kanlah..bak kata trademark yg popular sekarang.."LU PIKIR LAH SENDIRI"..Jadi korang baca dan fikirlah sendiri yer..huhu

Ahad, 27 Februari 2011

WIFI OH WIFI...

ANDA INGIN MEMILIKI WIRELESS FREKUENSI INTERNET DI TEMPAT ANDA???
BACA DIBAWAH NI...



KUASA INTERNET SEMAKIN MENJADI KEUTAMAAN DAN JUGA SEBAHAGIAN DARI KEPERLUAN KITA DLM KEHIDUPAN SEHARI-HARIAN,DIMANA-MANA SAHAJA,JIKA BERKESEMPATAN UNTUK MENGAKSES INTERNET MELALUI KOMPUTER,KOMPUTER RIBA MAHUPUN TELEFON BIMBIT,SUDAH PASTI TIDAK AKAN DILEPASKAN BEGITU SAHAJA.

UNTUK ITU JIKA ANDA BERMINAT MELENGKAPKAN PEJABAT ANDA,PREMIS MAHUPUN KEDIAMAN ANDA DGN WIFI ANDA BOLEH HUBUNGI TLA (012-2550660_Farrouk )UNTUK PEMASANGAN WIFI MENGIKUT KEMAMPUAN,KEPERLUAN YANG ADA MAMPU MILIk.

HASIL KERJASAMA TLA DAN KME ENGINEERING RESOURCES ANDA BERPELUANG MEREALISASIKAN HASRAT ANDA TANPA MEMBAYAR KOS YANG TIDAK MUNASABAH...HUBUNGI KAMI UNTUK PEMASANGAN WIFI DI MANA JUA ANDA INGINKAN..

Siti Atasha dan Ahmad Rizal

Pada 20 hb februari 2011 yang lalu,Taman Seri Wangi Kapar Klang menjadi lokasi TLA menjalankan tanggungjawab yg telah diamanahkan oleh Pasangan AHMAD RIZAL BIN AHMAD ABDUL TAWWAB Dan SITI ATASHA BT ABD RAZAK sebagai EMCEE/Dj seterusnya sebagai Penyeri Majlis.Produksi TLA telah menjayakan Majlis perkahwinan Kedua2 mempelai yang bertempat di rumah pengantin perempuan.Pada majlis tersebut Produksi TLA telah bertindak sebagai Pembekal Audio System dan juga bertindak selaku DJ dan Emcee dari awal majlis sehingga berakhirnya majlis tersebut.Majlis turut dihadiri Saudara mara dan sahabat handai kedua-dua belah pihak.Semoga Berbahagia ke Anak cucu Buat pasangan RIZAL dan Tasha.Bertemu lagi di Lain Masa.Jika ada kekurangan Maaf jua yang kami pinta.Ikhlas dari TLA.




Siapa sangka perkenalan yang bermula di genting highland akhirnya telah membawa kepada pasangan suami isteri???
Rizal&Tasha saling mengenali sejak awal tahun 2008 yang lalu.

Perkenalan sewaktu Tasha bersama kawan melancong ke genting highland di mana rizal pada masa itu sememangnya sedang bekerja di Genting Highland. Bermula sebagai kawan biasa akhirnya mereka jatuh cinta.

Kedua-dua keluarga telah merestui hubungan Siti Atasha dan Ahmad Rizal.Dan simbolik restu keluarga tersebut maka telah termetrailah sebuah perjanjian di mana pada Tanggal 14 FEB 2008 Majlis pertunangan kedua pasangan kekasih ini telah berlangsung.

Dan akhirnya pada tarikh 20 Februari 2011 bersamaan 17 Rabiulawal 1432Hijrah,Pasangan ini telah selamat diijabkabulkan yang mana turut disaksikan oleh ahli keluarga dan saudara mara kedua belah keluarga.Maka rasmilah mereka menjadi pasangan suami isteri.

Percintaan mereka berjalan lancar,ibarat sebuah telenovela percintaan yang berakhir dengan happy ending.Sama-sama kita raikan...

Selamat pengantin baru Siti Atasha dan Ahmad Rizal.

Alhamdullilah,selamatlah sudah majlis gilang gemilang ini.
Semoga bermula hari ini dan seterusnya akan menjadi satu episod manis dalam hidup mereka sebagai pasangan suami isteri.Selamat melangkah ke alam berumah tangga...


Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.Amin!!!