TIADA LAGI AKU

MySpace 2.0 Layouts

slideshow

Jumaat, 18 Mac 2011

TIPS SEMARAKKAN CINTA


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog yang dihormati,
Mari kita semarakkan semula perkahwinan/perhubungan cinta kita . Kasih sayang yang disimpul mati harus sentiasa dibaja, disiram dan dibelai, barulah menghasilkan bunga yang indah dan buah yang manis..cheewah...haha

Kepada pasangan yg sudah berkahwin mahupun telah bertahun bercinta yg ingin menyemarakkan rasa cinta boleh la ikut tips dari TLA ni..ikut jgn tak ikut tau,mana lah tau hubungan yg hambar (bkn di bilik tidur yer)akan bersemarak lagi..gitu ah..

Tp tips yg TLA bagi nih amat sesuai sekali kepada yg telah berkahwin,namun ada sebahagianya boleh dipraktikkan oleh yg sedang bercinta..insyaALLAH akan berjaya..Mari Kita cuba yer..

1. melawat semula tempat mula berkenalan.
~tapi kalau tempat mula berkenalan tue kat kubur ker,disco atau pub ke jgn la pegi situ..elok pilihlah tempat mula2 beliau melamar kamu..

2. tukar penampilan baru, fesyen rambut contohnya
~ untuk lelaki boleh la tukar fesyen rambut..tapi kalau pompuan (yg dh berkahwin) elok fesyen rambut itu diubah mengikut kesesuaian,jgn pulak buat rambut pacak2 pulak..nanti lagi lah hangin cik abg tu (malu dpt bini rock plak)haha lain plak jadi nyer..

3. bila hujan lebat, cepat – cepat ajak si dia keluar. Nak beli barang ke , jalan kaki dan berpayung ya. Satu payung saja tau..hehe

4. sengaja berjalan di tempatyang berselut, anda pasti berjalan dengan berhati – hati. Biasanya, otomatik, si dia akan memegang anda takut anda jatuh atau dia dijatuhkan..he he he

5. Ajak si dia naik motor, pusing – pusing kampung atau bandar petang – petang…
~tapi kalau suami/bf jenis takut nek moto atau takde lesen moto jgn la dipaksa beliau tue,konon nak romantik kang kena saman/eksiden meninggal laks..terus jadi janda kang..hehe

6. saja pergi makan di restoran yang dipasang muzik dengan kuat, bukan disko tau!..ia akan menyebabkan anda berdua terpaksa berbisik dan duduk rapat – rapat untuk mendengar dengan jelas buah bicara masing – masing

7. Sentiasa melakukan kerja rumah bersama – sama. Contohnya masak bersama. Kalau si dia tak pandai memasak, no hal…suruh dia kupas bawang..he he he
~untuk yg sudah berkahwin sahaja yer..jgn tak nikah lagi dh ajak balik umah..kang menjawab plak dgn JAIS/JAWI huhu...

8. solat berjamaah di rumah, seusai solat. Berdoa , cium tangannya dan dia cium dahi anda

9. solat berjamah di masjid

10. puasa sunat dan berbuka puasa bersama

11. kenang kebaikan si dia

~Selamat Mencuba Ya~