TIADA LAGI AKU

MySpace 2.0 Layouts

slideshow

Ahad, 12 Jun 2011

KISAH UBAN


Suatu hari sorang kanak2 enam taun terkejut mlihat ade bebrape uban dicelah rambut ibunye lalu bertanye ..

''mak nape ade uban atas kpale mak??''

Maknye jawab 'mmg begitu nak..setiap kali seorang anak melukekan hati ibunye,maka akan tumbuh sehelai uban..ini semua puncanya kamu la..bnyk sgt melawan cakap mak'

Kanak2 yang xtau pape tue pun terdiam..lalu berkate perlahan-lahan ..

''kalau mcm tu emak lgi bnyak melawan ckap nenek''....:)

HAMBIK KAU..hahaha

Pernah kah kau merasa????

Pernah kah kau merasa hati mu hampa..
Pernah kah kau merasa hati mu kosong...

Lagu ini lagu lama...tapi kisah ini kisah baru..
Kisah yg terjadi pada ku...
Kisah kesakitan kehampaan yg dia cipta untuk ku..
Lagu Ini Untuk DIA...

Khamis, 9 Jun 2011

KL Gangster



Korang dah tgk belum cerita nih? Gua dah tengok dh semalam..anyway memang berlainan dari filem yg pernah di hasilkan oleh produser tempatan sebelum ini...kalau korang belum tgk,nih gua nak cite skit sinopsisnya...

KL GANGSTER...Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orangorangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi "Raja" di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.

Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.

King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan... Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka...segala-galanya akan terjawab dalam "KL GANGSTER".

OK..Gua takleh cerita habis..nanti gua plak yg kena saman...lu orang pegi la tgk sendiri..gua rasa tak rugi lu tukar selera dari cerita hantu dan cinta,apa kata kita berubah kepada cerita Aksi...orait..selamat menonton yer..chow...

Jumaat, 3 Jun 2011

Pulang Ke Kampung...


Yeah..dah dekat 2 bulan aku tak balik kg..jenguk mak aku..anak buah aku..kakak ku dan kambing2 ku...sure mereka semua rindukan aku...Tapi yg paling merindukan aku tentu Mak aku..siap suh akak aku kol aku tanya bila nak balik kampung..mak aku memang macam tue...kalau aku tak balik dalam sebulan tue mesti dier risau..mesti mak aku ingat aku ada kecik ati dgn sape2..yg sebenarnya tak pun...:-)

Adalah sekali tue masa aku balik kampung mak aku sibuk tanya aku bila aku nak kawen,umur aku dah bape n mcm2 lagi..n yg paling aku sentap tu bila mak aku ckp umur dia tak tau sampai bila...takut tak sempat tgk aku bahagia..pergh ..nak menitis air mata aku...

Mak aku memang mcm tue..dia paling amik berat masalah aku walaupun aku tak cite..dier akan tau bila tgk muka aku..Lepas mak aku tanya bila aku nak kawen tue..memang panjang lebar dier ceramah kat aku..aku dengar je la..tak baik nak menjawab..kang lagi panjang pulak..hehe..

lepastu aku pun balik ke kl..2 bulan nak masuk 3bulan aku tak sempat nk balik kg..ada mcm2 kerja aku kena uruskan,dari job hakiki,job shooting sampai job emcee/dj bulan tue memang sibuk..sampai tak sempat aku nak balik..last2 kakak aku call katanya mak aku tertanya-tanya nape tak balik kg? aku kecik ati ke pasal mak aku suh kawen tue..sampai macam tue sekali fikiran mak aku..apa2 pun aku terus amik keputusan lepas shooting aku terus balik kg..walaupun esok pagi nya aku ada shooting lagi tapi rasanya sempat kut aku balik lepas subuh esok..aku taknak mak aku risau..ye la..mak aku dah berumur..aku taknak mak aku pikir macam2...itulah perihal mak aku..Aku nk bagitau semua yg baca blog aku nih yg aku sayang mak aku...:-)

Mlm ni lepas isyak aku akan balik ke kampung..jumpa mak aku..doakanlah perjalanan aku selamat pergi dan selamat pulang..adios amigos..chow..

Khamis, 2 Jun 2011

KITA JADI SATU

Sudah lumrah dlm hidup ini...kita tak mampu hidup sndiri..kalau hari ini kita boleh survive sendiri..mampu menyendiri dalam segala hal tak bermakna kita akan terus mampu hidup sndiri..

Lagu ni betul2 buat aku tersentuh..betul2 menyentap jiwa aku..biarlah org kata aku jiwang ke apa..tapi hakikatnya manusia memang ingin dicintai dan dikasihi...

Jadi kepada semua...hayatilah bait2 kata lirik lagu ini...Aku tujukan lagu ini kepada DIA agar dia mengerti...apa yg kua alami ketika ini..chewah!

Khamis, 26 Mei 2011

SelamatTinggal...

Adakah anda pernah ditinggalkan? atau pernah meninggalkan seseorang..?

Apakah perasaan anda apabila keceriaan/kebahagiaan dlm hidup anda tiba2 direntap begitu sahaja..?

Dan akhirnya anda yg menderita..semestinya kesedihan terus menyelubungi hidup anda..
Namun apabila kita ditinggalkan..kita mesti bertanya kenapa? apa salah kita..betulkan?

Dan kadang2 kita ditinggalkan tanpa sebarang penjelasan..atau hanya kerana salah yg kita tak sedari...yg tidak sengaja..

Andai Maaf Telah di pohon..namun hati si dia tetap tidak mahu menerima kembali kita..Lupakanlah sahaja..Mungkin ianya dijadikan sebgai satu punca untuk dia meninggalkan kita..

Aku Berpesan pada Diri Aku Sendiri...Walau Apa Yang Berlaku Hidup Mesti Di teruskan...Doakan sahaja yang baik2 untuk Sidia..jgn menyimpan dendam...dan kalau salam persahabatan dihulur,tak salah untuk kita berkawan dgn dia..

Jadi Untuk itu aku tujukan lagu Ini Berserta Lirik Sekali Untuk Sama2 kita Hayati...Lagu Ini UntuK Mereka Mereka Yg Terasa...Dan Merasa...

Aku Dia Dan Lagu

Lama sangat dah tak update blog nih...huhu..tp sure takde yg rindu pun kan..entah ada yg baca atau tak blog aku ini..

Alhamdulillah..Perkembangan terbaru tentang aku takde..yg kembang dah kecut semula...heheh..cuma satu je aku nak kongsikan..aku baru selesai menjalani pengambaran klip video lagu2 lama...kira mcm tribute la...tak banyak..dlm 3 lagu je..Anyway semua ok dan menyeronokkan...saksikan lah aksi2 aku dlm video klip tersebut...semuanya dlm AKU DIA DAN LAGU di RTM 1 bermula 29 mei ini...dgr cite ada 13 episod..hehe..tapi tak semua episod aku ada..

Ada la 2 3 keping gambar masa aku shoot video klip tu untuk tatapan korang...:) Layan je la gambar kat bawah ni....harap terhibur...huhu..hibur ke? kih kih..

Lagu Bintang Malam..



Lagu Masuk Tentera



Lagu Zunika




dah abih dah...huhu...

Khamis, 5 Mei 2011

Apa Guna Kemajuan Jika Kita Tidak Menggunakannya..

Saksikan Sendiri kepayahan seorang Nyonya Mengharungi hidup sendirian...Hanya sebuah telefon sebagai teman sejati beliau..

Sabtu, 26 Mac 2011

LAGU DAN VIDEO PILIHAN TLA

Apa kata kita dengar lagu2 jiwang yang menyentuh perasaan ini..Lagu2 ini bila dengar sekali rasa nak dengar lagi..jom kita layan jom..











Jumaat, 18 Mac 2011

TIPS SEMARAKKAN CINTA


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog yang dihormati,
Mari kita semarakkan semula perkahwinan/perhubungan cinta kita . Kasih sayang yang disimpul mati harus sentiasa dibaja, disiram dan dibelai, barulah menghasilkan bunga yang indah dan buah yang manis..cheewah...haha

Kepada pasangan yg sudah berkahwin mahupun telah bertahun bercinta yg ingin menyemarakkan rasa cinta boleh la ikut tips dari TLA ni..ikut jgn tak ikut tau,mana lah tau hubungan yg hambar (bkn di bilik tidur yer)akan bersemarak lagi..gitu ah..

Tp tips yg TLA bagi nih amat sesuai sekali kepada yg telah berkahwin,namun ada sebahagianya boleh dipraktikkan oleh yg sedang bercinta..insyaALLAH akan berjaya..Mari Kita cuba yer..

1. melawat semula tempat mula berkenalan.
~tapi kalau tempat mula berkenalan tue kat kubur ker,disco atau pub ke jgn la pegi situ..elok pilihlah tempat mula2 beliau melamar kamu..

2. tukar penampilan baru, fesyen rambut contohnya
~ untuk lelaki boleh la tukar fesyen rambut..tapi kalau pompuan (yg dh berkahwin) elok fesyen rambut itu diubah mengikut kesesuaian,jgn pulak buat rambut pacak2 pulak..nanti lagi lah hangin cik abg tu (malu dpt bini rock plak)haha lain plak jadi nyer..

3. bila hujan lebat, cepat – cepat ajak si dia keluar. Nak beli barang ke , jalan kaki dan berpayung ya. Satu payung saja tau..hehe

4. sengaja berjalan di tempatyang berselut, anda pasti berjalan dengan berhati – hati. Biasanya, otomatik, si dia akan memegang anda takut anda jatuh atau dia dijatuhkan..he he he

5. Ajak si dia naik motor, pusing – pusing kampung atau bandar petang – petang…
~tapi kalau suami/bf jenis takut nek moto atau takde lesen moto jgn la dipaksa beliau tue,konon nak romantik kang kena saman/eksiden meninggal laks..terus jadi janda kang..hehe

6. saja pergi makan di restoran yang dipasang muzik dengan kuat, bukan disko tau!..ia akan menyebabkan anda berdua terpaksa berbisik dan duduk rapat – rapat untuk mendengar dengan jelas buah bicara masing – masing

7. Sentiasa melakukan kerja rumah bersama – sama. Contohnya masak bersama. Kalau si dia tak pandai memasak, no hal…suruh dia kupas bawang..he he he
~untuk yg sudah berkahwin sahaja yer..jgn tak nikah lagi dh ajak balik umah..kang menjawab plak dgn JAIS/JAWI huhu...

8. solat berjamaah di rumah, seusai solat. Berdoa , cium tangannya dan dia cium dahi anda

9. solat berjamah di masjid

10. puasa sunat dan berbuka puasa bersama

11. kenang kebaikan si dia

~Selamat Mencuba Ya~