TIADA LAGI AKU

MySpace 2.0 Layouts

slideshow

Ahad, 7 November 2010

Kompang Dipalu...Pengantin Malu..:)

Yeah..musim orang nikah kawen sudah tiba..maka TLA Event pun turut sibuk memenuhi undangan-undangan dari bakal pengantin dan juga sahabat handai..kepada anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari TLA Event..sebagai Dj,Emcee,nak karaoke,nk set Audio,canopy,catering dan apa jua..kami akan usahakan untuk anda..sila lawati blog ini dari atas sampai bawah yer...lepas tu apa lagi,ringan2 kan jari jemari anda untuk menghubungi TLA Event (012-2550660)_Farr0uk untuk menempah atau berbincang tentang perkhidmatan yang anda mahukan..apa tunggu lagi,cepat2 jangan lambat..hehehe..

Khamis, 4 November 2010

Yang Terbuku..Di Buku Lali..

Hidup seperti apa yang anda tentukan...teringat plak motto iklan nih..iklan apa entah,mungkin iklan pencungkil gigi kut..korang tau tak maksud kata-kata 'hidup seperti apa yang anda tentukan'? maksudnya lebih kurang macam ni...korang dah besar,dah ada pemikiran yang matang,dah ada kemampuan untuk membuat tindakan atau merencana hidup masing2..perlu ke orang lain nak tentukan laluan hidup korang???

Orang lain boleh dijadikan tempat untuk meminta pendapat atau pendorong dalam sesuatu tindakan yang diambil,bukan sebagai pembuat keputusan dalam hidup anda..itu yang sepatutunya,jangan biarkan orang lain sebagai pemutus kata hal2 penting dalam hidup anda..bila keputusan hidup mengikut telunjuk kata orang lain,andai suatu masa akan datang ada masalah berkaitan (keputusan/pilihan tersebut salah),siapa yang akan dipersalahkan???

Jadi gua harap dalam hidup ini..andai korang tak mampu nak membuat pilihan sendirian tentang sesuatu hal yang penting dalam hidup anda,bertanyalah pendapat rakan yang rapat (boleh dipercayai)atau ahli keluarga supaya korang dapat memilih laluan hidup yang terbaik,InsyaAllah.

Jadi apakata korang layan dulu la lagu nih ek..



Yang ni satu lagi yg patut korang layan.....

Isnin, 1 November 2010

Majlis Perkahwinan Rezzuhawa&Syamim 31.10.2010




Pada hari ahad yang lalu tanggal 31 haribulan 0ktober 2010 bertempat di Greenwood Gombak,Produksi TLA telah menjayakan Majlis perkahwinan Kedua2 mempelai yang bertempat di rumah pengantin perempuan.Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengapit jemputan iaitu Maskot Upin Dan Ipin yang telah berjaya mencuri perhatian Tetamu terutama kanak2 dan juga Tetamu yang hadir di majlis tersebut.Pada majlis tersebut Produksi TLA Event telah bertindak sebagai Pembekal Audio System dan juga bertindak selaku DJ dan Emcee.Alhamdulilah Majlis berjalan Lancar Dari awal mula sehingga selesai.Semoga Berbahagia ke Anak cucu Buat pasangan Hawa&Syamim.Bertemu lagi di Lain Masa..Ikhlas dari TLA Event

Jumaat, 29 Oktober 2010

AKU DAH KAWIN SEKARANG..(kisah Benar)


Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..

Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..

Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan. Hoho..

Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.

Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.

Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye.. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..

Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok.. kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.

Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??

Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!

Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..

Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!

Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..

Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??

Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!

So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..

Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!

Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??

Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!

Aku buntu..

Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..

Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.

Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..

Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..

Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!

1 Julai 2007,

Buat suami yang baru kupunya,

Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ku juga benar-benar cinta padamu,
Dan kumenangis bila dirimu melamarku

Buat suamiku yang baru kupunya,

Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita

Buat suamiku yang baru kupunya,

Andai abang ingin melihat Ara ketawa,
Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,

Kerana Ara tak mampu berbica,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa

Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..

Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..


Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?

4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?

Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.

Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.

Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”

Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..

Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..

(T.T)

Jumaat, 22 Oktober 2010


Jika anda berminat untuk menyerikan majlis anda dgn persembahan Dari Syam Nizam,anda boleh menghubungi saya(Farr0uk Rzroy TLA) untuk persembahan di..
~Majlis makan malam
~Birthday
~Wedding/perkahwinan
~Family day
~Majlis setiausaha
~dan apa jua majlis/event/yg memerlukan performer..
Anda Pasti berpuashati dan terhibur..
~Syam Nizam merupakan penyanyi serba boleh dan pernah menjuarai pelbagai pertandingan nyanyian di peringkat negeri mahupun Peringkat Kebangsaan..
~Seorang penyanyi profesional dalam persembahan pentas dan bakal merakamkan album.
~Syam Nizam sering membuat persembahan di sekitar Negeri Pahang,di Majlis mkn malam anjuran Kerajaan Negeri Pahang,juga di pelbagai majlis prorokol mahupun nonprotokol..
~Buat masa ini beliau sedang dlm persiapan menyertai pertandingan Bintang Klasik Nasional Peringkat Kebangsaan (separuh akhir) mewakili Zon Timur.

Rabu, 20 Oktober 2010

AZFAR OIAM_AKAN KU JUMPA



Jika anda berminat untuk menyerikan majlis anda dgn persembahan Dari Azfar Oiam,anda boleh menghubungi saya(Farr0uk Rzroy TLA) untuk persembahan di..
~Majlis makan malam
~Birthday
~Wedding/perkahwinan
~Family day
~Majlis setiausaha
~dan apa jua majlis/event/yg memerlukan performer..
Anda Pasti berpuashati dan terhibur..

Sabtu, 16 Oktober 2010

Pesanan Buat Yang Sedang Bercinta..

RINDU PADA YANG TAK SUDI...???

(Saya terbaca satu artikel dari seorang sahabat saya di Virtual Friends..sy tertarik untuk dibincangkan..so kepada anda yg ingin berkongsi pendapat boleh la tinggalkan mesej di ruangan komen yer..)

Apa perasaan anda bila dapat tahu, orang yang paling anda sayang... orang yang paling anda cinta... orang yang paling anda rindu... dalam diam², dia rindukan orang lain, dia masih sayang & cintakan kekasih lama. Dia sukar lupakan kekasih lama walaupun sedang bkasih dengan anda. Hatinya masih pada kekasih lama sedangkan anda & dia sudah bjanji untuk shidup smati hingga jinjang pelamin.
Adakah hati anda hancur luluh apabila dapat tahu, anda diterima dalam hidup dia semata2 kerana dia ingin lupakan kekasih lama & akhirnya ingatan kisah silam masih belum luput dalam memorinya.
Wajarkah kita membiarkan dia dbuai kenangan silam sedangkan hati kita semakin hari semakin hancur akibat dkhianati. Setiap kali berlaku perselisihan faham, hatinya seolah2 membenci anda. Ketika itu ingatannya cuma pada kekasih lama. Rindu pada kekasih lama semakin menebal setiap kali dia membenci anda.
Adakah ada kebahagian di akhir perkahwinan ini? Siapakah yang harus dipersalahkan? Adakah dia... yang masih teringatkan kisah silam? Atau kita yang terus bersabar melayan karenah dia sehingga diri sendiri kecewa?
Wajarkah kita menjadi mangsa keadaan apabila berlaku krisis perhubungan? Wajarkah kita djadikan boneka ketika situasi memerlukan? Kenapa kisah silam masih kuat dalam ingatannya? Kenapa kita yang perlu jadi korban?
Salahkah kita meninggalkan dia keseorangan dibuai kenangan silam? Kenangan silam yang belum tentu menjadi kenyataan?
Perlukah diberi peluang kepadanya untuk berpijak dibumi yang nyata? Masihkah ada kebahagiaan antara kita & dia? Atau tidak...

video Akad Nikah Yg Kelakar..Korang Tengok Laa..

Sabtu, 9 Oktober 2010

Maka ia pun berlalu...

Bagaikan seperti memejam dan mencelikkan mata,semuanya berubah dan berlalu dengan bergitu pantas sekali..Ramadhan pergi maka menjelma pula syawal..Dan syawal telah pun mengikut jejak langkah ramadhan lalu menyinggah dan muncul pula Zulkaedah..Tatkala kita sedang asyik dengan kesibukkan perjalanan hidup kita sehari-harian,diharapkan kita tidak lupa dan alpa dengan tanggungjawab kita pada ALlah swt..harus diingat rezeki yg datang adalah pemberian dari Allah swt..sesibuk mana pun kita,jgn dilupa..kita kena tahu tanggungjawab kita..kita harus sedar siapa kita didunia ini dan siapa pencipta kita..Wow..dh mcm ustaz pulak da kan..hehehe
Alhamdulilah..kita masih diberi peluang oleh Allah swt bertemu disini untuk sama-sama berinteraksi di maya ini walau kita tak pernah bersua muka..Meminjam kata2 yg pernah saya dengar yg berbunyi begini "Kita tak pernah mengenali sesiapa pun pada asalnya jika tidak bermula dimana-mana"..jadi jgn segan2 bertegursapa untuk sama2 mnegenali diantara satu sama lain..ramai kawan tak rugi beb..hehe..berkawan biar seribu,berkasih kalau boleh empat...musuh tolak tepi la geng..huhuhu..ok la teman2 dan sahabat2 ku..nanti TLA sambung celoteh lagi yer..jangan lupa nak jenguk2 blog ni ek...kalau ada yg nak kawen tu..nk cari wedding planner,nk canopy n catering atau nk serikan majlis anda dgn PAKEJ Servis dari TLA,jangan malu jangan segan nak menghubungi TLA yer..ok geng..setakat ini sahaja hari ini..Chow bedahhh...(",)

Majlis Raya..TiadaLagiAku Bersama Rakan2..



Isnin, 4 Oktober 2010

Majlis Sakan Raya@Zon M bandar Baru Seri Petaling KL



sedutan video ketika TLA memberikan perkhidmatan Sebagai DJ/EMCEE dan perkhidmatan PA system pada 03/10/2010 yg lepas..majlis sambutan hari raya ini turut dihadiri tetamu2 dari pelbagai kaum,sungguh meriah dan makanan nyer sedap2 belaka..nanti ada majlis lain KRT Zon M Bandar Baru seri Petaling boleh jemput TLA lagi yer..

Majlis perkahwinan Shikin_Faizul@Presint 16 PUTRAJAYA

Pada sabtu yang lalu (02/10/2010) Team TLA(tiadalagiaku) telah menjadi penyeri majlis perkhawinan diantara pasangan Shikin&Faizul di presint 16 putrajaya.memandangkan kawasan sekitar putrajaya agak asing bagi Team TLA,jd kami agak pening ketika menuju ke lokasi..namun begitu berkat kesabaran kami,kami sampai ke perkarangan rumah pengantin perempuan sekitar jam 10.00pagi,Alhamdulilah semuanya berjalan lancar sehingga ke akhir majlis.di sini kami lampirkan gambar dan sedutan ketika majlis tersebut berlangsung.selamat menonton ya..



Jumaat, 1 Oktober 2010

Arios Amigos....




salam sejahtera pembuka bicara...Assalammualaikum w.b.t...ehm apa khabar semua?semoga sihat hendaknya..Dah hampir seminggu tak update blog ni..hehehe..TLA semakin sibuk dgn undangan2 menjayakan rumah terbuka dan majlis perkahwinan..

Alhamdulilah rezeki anak..eh silap..rezeki anak emak..hehe..seminggu sudah TLA sunyi dari job..dapat la merehatkan diri sikit..bermula hari khamis TLA sibuk kembali..semalam(khamis) TLA menjayakan majlis ramah mesra crystal seafoods cafe bersama rakan2 dan pelanggan setia cafe tersebut yg berada di setapak..semua ok org pun ramai..

Hari jumaat pula TLA menjayakan majlis rumah terbuka anjuran sebuah jabatan dari MBPJ,produksi TLA Terlibat menjadi emMce dan menguruskan set PA system sambil memutar2kan lagu untuk menghidupkan majlis tersebut..Alhamdulilah semuanya berjalan lancar sehingga majlis tamat..

Sabtunya pula (hari ini) TLA akan menyerikan majlis perkahwinan di Presint 16 berhampiran alamanda,manakala ahadnya pula kami akan memberikan perkhidmatan di majlis rumah terbuka@sakan raya anjuran Rukun Tetangga ZON M Seri Petaling Kl..ehm agak padat jadual TLA,syukur Alhamdulilah diatas rezeki yg Allah swt turunkan..nanti di majlis tersebut akan TLA rakamkan photo2 untuk dimuatkan di blog ini ya..

Anyway tHanx to all readers/followers tiadalagiaku.blogspot.com yg sudi menjengah blog ini..nanti kita sambung cerita lagi ek..chow bedahhhh:-)salam...

Selasa, 21 September 2010

SEPINTAS LALU...



"Sesiapa mencintai Allah pasti
semakin sunyi dengan manusia. Di tengah
keramaian dia rasa keseorangan. Saat
kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa
dia menangis. Jasadnya dengan manusia,
batinnya kepada Allah" "Ketenangan dan
kebahagiaan adalah hembusan dari langit,
diturunkan ke dalam lubuk hati orang
yang beriman, mereka akan tetap berhati
teguh, di kala insan lain mengalami
kegoncangan... " (Syed Qutb)










sedutan rakaman video majlis yg kami jayakan...
Tempat:Dewan D'Kelana (KELANA JAYA)
Tarikh: 19/09/2010
Acara:Majlis Perkahwinan...

Isnin, 20 September 2010

SALAM LEBARAN..UKHUWAH FILLAH





semoga kita akan terus bersahabat walaupun tak pernah bertentang mata...selamat hari raya dari TLA..kalau nk buat open house jgn malu jgn segan menjemput TLA dtg ke rumah..insyaAllah TLA akan sampai jika tiada aral melintang..:-)

Sabtu, 4 September 2010

Kembali Mencoret...


Alhamdulilah..Syukur kehadrat Allah s.w.t..sy masih lagi bernafas..walaupun mengalami kecederaan semasa bermain futsal minggu lepas,namun sy masih bersyukur kerana sy masih mampu menjalani ibadah puasa dan ibadah2 sunat yg lain..Syukur juga kerana kita masih mampu berpuasa pada tahun ini...bukan ape..kita pun tak tahu pada tahun Hadapan kita masih ada di dunia yg fana ini atau pun sebaliknya..Sebagai contohnya..kita berpuasa tetapi tidak menunaikan solat terawikh..tidak mengapa..sebab solat tarawikh adalah sunat..namun solat terawikh adalah pelengkap kepada amalan puasa kita besar pahala yg dijanjikan kepada umat islam yg melakukannya..kerana kita menghidupkan malam ramadhan selain bertadarus atau membaca Al-quran..Namun ada yg menjelaskan tiada masa kerana sibuk dgn tugas mencari rezeki disampin memenuhi undangan berbuka puasa..Harus di ingat kerana SOLAT tarawikh bukan sahaja boleh di lakukan di masjid malahan boleh juga dilakukan sendiri di rumah..sebelum subuh atau bersahur pun boleh dilakukan solat tarawikh ini(perbetulkan jika sy silap).
Kalau tak tahu berselawat selepas selesai melakukan solat tarawikh setiap 2 rakaat,tak mengapa teruskan sahaja 4 rakaat (2rakaat satu salam)berhenti dan berdoa,lepas itu sambung semula 4rakaat lagi kemudian lakukan solat witir seelok-eloknya 3rakaat(2rakaat satu salam kemudian bangun semula lakukan satu rakaat satu salam,solat witir yg terakhir selepas 15ramadhan disunatkan membaca doa qunut seperti solat subuh).
Ehm..dh macam ustaz pulak sy ni..bukan nk tunjuk pandai tetapi sy hanya menyampaikan apa yg saya tahu demi kebaikkan kita bersama..
Masih ada lagi masa utk kita kejarkan SEDIKIT ganjaran amalam bertarawikh dan membaca alquran di 10mlm terakhir bulan ramadhan ini..Jadi sama2 lah kita mengisi ramadhan kita dengan amalan2 sunat yg dituntut..disamping hanya melakukan yang wajib..Semoga Amalan puasa kita pada tahun ini lebih baik dari tahun2 yang sebelumnya..apa2 pun sy memohon maaf andai ada terkasar bahasa dan terguris dihati ampunkan saya..kepada yg telah pun bercuti dan ingin pulang ke kampung sy mengucapkan ampun dan maaf zahir dan batin..dan berhati-hati di jalan raya..semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju..Setakat ini sahaja utk kali ini..yang baik itu dtg dari Allah swt dan yang buruk itu datang daripada kelemahan sy senddiri..Assalammualaikum..

Ahad, 22 Ogos 2010

Putus Cinta_Tips Lupakan Si dia..



Ehm..berbicara pasal topik ni...aku bukan lah pandai sgt..tapi sekadar nk bagi pendapat boleh la kut..Dlm masa dua hari ni,aku didatangi berita dari dua org kawan aku yg dulu ahsyik mahsyuk bercinta..tup tup aku dpt tau sorang sgt kecewa dgn teman lelaki beliau yg ingin kembali kepada exgf nyer,dan sorang lagi baru di'cerai'kan..tanpa diberitahu sebab nyer..ehm..payah gak tue..bila bagi nasihat memng baguih punya..kalau kena kat diri sendiri camner..ya ampun sakit gak kan..hehehe..tetapi gua kena mantain beb...konon2 brader love la nih kan...hehe puii...Tapi demi membantu anda yg putus kasih atau baru lepas break off atau kecewa dgn 'cinta agung'(konon nyer la kan) yg sebelum nya,meh nk kasi tips...semoga dpt la membantu kalian yg bermuram durja kecewa lara tue utk pulih dari luka itu..cheeeewah...puii

Biasa la bila bercinta semuanya indah… Memang tak dapat lupakan si Dia. Makan ingatkan si Dia, tidur ingatkan si Dia, mandi ingatkan si Dia… Boleh kata dalam apa jua hal pun memang teringatkan si Dia la.

Tapi masalahnya bila dah putus cinta pun masih ingatkan si Dia. Susah nih kak long oii… Jadi di sini ada sedikit tips kepada sesiapa yang ingin lupakan si Dia..


TERIMA HAKIKAT
Pertama sekali anda perlu menerima hakikat si-Dia anda bukan lagi milik anda. Anda perlu belajar untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan.

MELARIKAN DIRI
Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melarikan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan anda. Cuba anda pergi ke satu tempat yang agak jauh dari tempat anda duduk sekarang dan rehatkan minda anda. Tapi jangan la buat kerja gila dengan pergi ke tempat anda date dengan si-Dia dulu tu,itu menambah parah la dik..lagi satu..bukan lari berganti-ganti yer..kang masalah tak selesai tapi penat yg dapat..huhu

LUAHKAN PERASAAN
Bermaksud luahkan masalah kekecewaan anda supaya tak terbuku di hati..Emmm luahkan perasaan anda kepada sahabat karib anda. Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan itu akan dapat menghilangkan tekanan anda..


ANDA PULA DENGAR LUAHAN MEREKA
Apabila anda mendengar luahan rakan anda sekurang-kurangnya anda tahu bahawa anda bukan seorang sahaja menerima nasib yang teruk.

JANGAN DUDUK SEORANG DIRI
Maksudnya elakkan duduk bersendirian yg boleh menyebabkan anda sering terfikir kan nasib diri yg dirundung malang tue..Tapi jgn la pulak anda cuba berjalan sendirian di lorong2 gelap ek..nanti sakit dapat,masalah lain pulak sampai..huhu cuba la cari kawan2 utk berkongsi masalah atau cerita..maybe hilang stress tue nanti..

INGAT ORANG LAIN
Masih tak dapat lupakan si Dia? Urghhh susah nie. Macam nie la kalau masih teringatkan si Dia kenapa anda tak cuba ingat dekat orang lain… Ahli keluarga ke, artis ke, idola ke, tapi kalau boleh jangan cuba untuk teringatkan kawan sejantina anda… Bahaya tu karang jadi lain lak.

BUANG JER HADIAH TU
Bunga ke… Jam ke… Penanda buku ke… Novel ke…Mangkuk tingkat ker,getah pemadam ker..Anda buang sahaja hadiah tu… Mungkin ia seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik. Atau anda pulangkan kembali hadiah itu kepada si Dia. Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu kerana anda seperti menghina pemberian si Dia. Dan satu lagi kalau si-Dia bagi anda hadiah seperti rantai emas berjumlah RM5000 rasanya takyah laa buang hadiah tu...pikir yg logik2 la..huhu

BERDOA DAN BERTAWAKAL
Ini adalah solution yang terbaik bagi segala-galanya. Berdoa lah kepada-Nya agar diberi kekuatkan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan yang serasi.Tapi jgn la time kecewa korang berdoa solat bagai tapi pas jumpa pasangan baru korang lupa pulak siapa DIA..kan tak elok tue..

MEMINJAM KATA-KATA UMAR AL-KHATTAB "TAKKAN KAMU BERPERASAAN GUNDAH WALAU SEKALI JIKA KAU TAHU APA YANG DI CARI"

FIKIR-FIKIRKAN LAH YER...SELAMAT BERJAYA...

Sabtu, 21 Ogos 2010

Kegagalan Dalam Cinta_Untuk Wanita sahaja...

Pernahkah anda bertanya kepada diri anda sendiri mengapa anda dikecewakan? Kemudian anda merasakan yang Tuhan tidak adil, menghukum anda dengan berbagai-bagai kegagalan di dalam cinta. Lalu jiwa dan minda anda berkecamuk dengan berbagai persoalan…

Sebenarnya, anda patut mengawal kuasa minda anda dengan menerima situasi ini sebagai satu ANUGERAH dari yang Maha Esa…

Saya melihat apabila sesebuah perhubungan itu gagal, let’s say… lelaki itu telah mengecewakan anda kerana ingin bersama wanita lain…

Bagi saya, anda bernasib baik! Kalau tidak, anda akan terus bersama lelaki yang curang dan jahat! Jadi, ada lebih baik anda putus hubungan dan gagal bercinta dengan lelaki itu sekarang daripada anda bersamanya terus. So, kekecewaan itu adalah satu anugerah untuk anda, kan?!

“Setiap kegagalan PASTI ada kejayaan, setiap perpisahan PASTI ada pertemuan! …anda baru putus cinta? Bersedia untuk menerima kedatangan cinta orang baru ;) ”

Itulah yang selalu terjadi kepada saya. Setiap kali I bertemu seseorang, bercinta, akhirnya berpisah…yes KECEWA, tetapi PASTI, ianya adalah kerana I akan bertemu dengan seseorang yang jauh lebih baik dari yang dulu! Paling penting, JANGAN PUTUS ASA!…

“Bercinta banyak-banyak, then kecewa pun banyak…lagi cepat you all menghampiri bahagia beb hehe…”. Rugilah jika putus asa, sedangkan selepas kecewa, gagal dalam cinta…kita sebenarnya menghampiri kejayaan dan kebahagiaan di dalam percintaan baru. Dan I yakin tentang perkara ini kerana sudah berkali-kali happen to me!

“kita gagal, kerana kita akan berjaya. Kita kecewa, kerana kita akan bahagia, dan kita berpisah, kerana kita akan bertemu dengan orang baru!” Percayalah! ;)

-by Razzi Rahman-

Ramadhan Al-Mubarak

Jumaat, 20 Ogos 2010

Salam Ramadhan dan Syawal...


Syukur Alhamdulilah...Tika aku menulis di blog ni,dah masuk Ramdhan ke sebelas kita berpuasa...bagi aku setakat ni masih belum 'bocor' lagi..hehe..kalau dibandingkan dgn puasa masa aku remaja2 dulu..time kerja kampong jd kuli...MasyaAllah,dugaan..kerja berat kotornyer dan bau nyer lagi..huh! cukup menguji keimanan sebagai hamba Allah..tapi time tu aku masih boleh meneruskan puasa,dan Alhamdulillah penuh pun puasa aku.Jika dibandingkan dgn kerja aku sekarang ni,org kata tak la sehebat dugaan masa dulu,so why not la aku nk curi2 makan ke ape ker...tapi tue lah peliknyer..Aku tgk ramai dikalangan kita terutama nya lelaki yg tak berpuasa...yg dah tua2 plak tue..apa diorang ni tak takut ke bala dtg? Bila di tegur,pandai pulak jawab..kubur masing2...Diorang ingat siksa kubur tue mudah ke nk hadapi..huh!Ehm begitulah..aku bukan boleh menulis..kang over plak..huhu
Raya dah nk dekat..Persiapan raya???Persiapan korang mcm maner?Bagi diri aku ni masih kabur..maybe raya ni kasi lepas duit raya anak buah dulu pastu perbelanjaan family aku..kalau ada lebih boleh la duk melaram...ekekeke..Cuma raya nih aku rasa mcm kurang skit sebab ramai kawan2 yg dah kawen...huhu..aku?lambat lagi kut..hahaha...bg lepas kawan2 dulu..hahaha ayat tak boleh blah..huhu..Apa2 pun diharapkan Ramadhan ni adalah yg terbaik pernah kita lalui dan diharapakn kita manfaatkan ruang2 yg ada utk kita perbaiki diri disamping untuk menambah amalan kita...Inilah bulan yg terbaik dari seribu bulan..Bulan Ramadhan..Jadi renung2kan dan selamat beramal yer..hehehe..

Ahad, 4 Julai 2010

Candid Separuh Sedar


LAMPIRAN



DALAM SESEBUAH MAJLIS ,INDIVIDU YANG PALING PENTING SEKALI UNTUK MEMBUATKAN MAJLIS BERKENAAN MENJADI MERIAH ATAU HAMBAR ADALAH PENGACARA ATAU JURUACARA.PENGACARA UMPAMA NAKHODA YANG MEMIMPIN ANAK-ANAK KAPALNYA AGAR LALUAN KAPAL SENTIASA DIPAKSI DAN TIDAK HILANG HALUAN.
OLEH KERANA ITU SEORANG JURUACARA MESTI MELENGKAPKAN DIRINYA DENGAN ILMU-ILMU PENGACARAAN YANG AKAN MEMBUAT DIRINYA TAMPIL HEBAT DAN PENUH BERSEDIA.SEORANG JURUACARA MEMERLUKAN ILMU UNTUK MENGAWAL SUASANA MAJLIS,MEMIMPIN MAJLIS HINGGA KE PENAMAT DAN BERJAYA MENCURI PERHATIAN PENONTON AGAR TIDAK BOSAN DALAM MAJLIS YANG DIACARAKAN.
OLEH ITU ILMU PENGACARAAN SANGAT PENTING.SELAIN BAKAT DAN LONTARAN SUARA YANG BAIK,ILMU DAN PENGALAMAN JUGA SANGAT PENTING UTK MELIHAT KEHEBATAN ATAU KEMAMPUAN PENGACARA SESEBUAH MAJLIS MENGENDALIKAN MAJLIS DENGAN LANCAR.
ALHAMDULILAH DENGAN SEDIKIT ILMU YG KAMI DAPATI MELAUI KURSUS DAN BENGKEL YANG PERNAH KAMI HADIRI TELAH MENJADIKAN KAMI LEBIH BERKEYAKINAN DAN DIPERCAYAI DALAM MENJAYAKAN APA JUA MAJLIS YANG KAMI KENDALIKAN.DISINI SAYA LAMPIRKAN SIJIL KURSUS YG PERNAH SAYA HADIRI SEPANJANG ATAU SEBELUM MENJADI JURUACARA MAJLIS.

Ahad, 9 Mei 2010

PAKEJ CANOPY & CATERING




Seri Cempaka Canopy & Catering menyediakan perkhidmatan Kanopi dan Katering perbagai pakej dari pakej ekonomi kepada pakej eksklusif. Perkhidmatan kami di barisi oleh pekerja dan tukang masak yang berpengalaman serta mahir dalam memberi perkhidmatan yang terbaik dan memenuhi citarasa pelanggan.

kami menyediakan pakej perkhidmatan kanopi dan catering dengan menu istimewa untuk pelbagai majlis keraian mengikut permintaan pelanggan sama ada kecil mahupun besar dan bersesuaian dengan peruntukan bajet pelanggan.

Kami juga menyediakan perkhidmatan majlis aqiqah mendapatkan kambing siap di masak untuk apa jua jamuan dengan cekap, berkualiti dengan harga yang berpatutan.

DAPATKAN PAKEJ MENARIK DARI KAMI SEKARANG !!!!

Isnin, 29 Mac 2010

NAK PROMOTE SIKIT BOLEH?


Pernahkah anda menghadiri sesebuah majlis atau keraian yg senyap dan sunyi tanpa celoteh perantara atau bunyi-bunyian audio? tentu ada kan?..Majlis kematian..jadi adakah anda ingin jadikan majlis perkahwinan anda atau majlis yg anda anjurkan menjadi hambar&berubah menjadi majlis "orang mati"..? tentu tidak bukan???KAMI menyediakan Perkhidmatan Deejay atau Pengacara untuk majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, jamuan,makan mlm syarikat dan lain-lain, acara protokol & non protokol,majlis hari lahir,hari keluarga atau apa jua majlis yg memerlukan perantara majlis..sistem bunyian..karaoke..???? wah ini semua kami lakukan untuk anda...demi kepuasan anda dan pendengar serta audien yang hadir di majlis tersebut..segalanya di sini,kepuasan anda keutamaan kami..

SEWAAN SET PA.SYSTEM DARI RM300(tidak termasuk DJ)..Jadi apa tunggu lagi...hubungi Kami sekarang!!!!

Selasa, 9 Februari 2010

BERSAMA SELAMANYA..



Komik Bersama Selamanya memang komik kegemaran aku. Rindu beb nak baca komik nie.
Pelukis komik nie nama panggilan dier Gayour. Kisah Amar dengan geng yer Dollah, Mat Tepet, Din, Pet yang badan yang gagah perkasa tu, yang nama Mat Tepet memang aku minat watak dier.., klu gaduh macam-macam jurus dier kuar.
Cerita dier layan la baca, persahabatan, muzik heavy metal dier, dengan gigs dier, ada gaduh-gaduh ngan mamat Joe tue, lumba haram pun ada tapi motor besar-besar la, lawak dier pun leh tahan.
Aku sempat la layan komik ni...semua aku beli..tp time komik BERSAMA SELAMANYA VOL 1 aku tak sempat nk beli sebab time tue aku kecik lagi...duit tarak..lagi pun mak aku marah baca komik..katanya lebih baik baca buku sekolah...aku akur la masa tu..tp bila aku dh ada duit sendiri..aku beli gak..siap dengan kaset lagi..tp semuanya tinggal kenangan..semua dh hilang dan kaset dier dh kena rembat..kat atas adalah lirik lagu nyanyian kartunis tugeh..layan gak beb..huhu

Ahad, 7 Februari 2010

ALHAMDULILAH..


Hari ini kita masih lagi mampu melakukan banyak perkara seperti mana semalam...namun semakin kehadapan kita berjalan,kita tidak mampu untuk undurkan masa yang berlalu bersama memori-memori yang pergi bersama masa yang menghilang..
PERJALANAN yg kita bakal lalui adakah direntas dengan baik dan sampai ke tempat yang di tuju seperti mana yang kita rancangkan..Semuanya bergantung kepada Plan dan bekalan serta ilmu yang kita bawa semasa meneruskan perjalanan itu..

Alhamdulilah..di bulan februari ini..aku dapat rasakan apa yang aku rancang dan aku aturkan sebelum ini telah berjaya membuahkan hasil..walau tak besar hasilnya ,namun sedikit sebanyak menjadi tonik penaik semangat aku untuk melangkah lagi setapak demi setapak ke laluan yang lebih selesa...

Tapi biasalah ..kalau nak berjaya..kita ramai musuh..dan musuh yg paling kuat sekali menghalang kita adalah diri kita sendiri..berusahalah untuk melawan musuh itu...
Musuh yg seterusnya adalah orang yang seringkali memandang rendah dan melemparkan kata-kata sindiran tatkala kita baru nk melancarkan startegi demi melebarkan sayap kejayaan..

Argh..Persetankan itu semua...nanti bila dah nampak hasilnya..ramai yang bakal celik mata dgn kita..biarkan mereka..Entah esok atau lusa salam dihulur dari mereka demi meminta tips bagaimana untuk berjaya seperti kita...
Bagi aku..REZEKI JANGAN DITOLAK..DAN MUSUH JANGAN DI CARI..Biar kita dianggap musuh ,tapi kita anggap mereka ini kawan untuk kita buktikan kemampuan kita..janganlah kita nak ikut rentak mereka macam budak-budak baru nak kenal dunia tu..Kita kena profesional dalam melaksanakan sesuatu agar hasil yang kita peroleh nanti adalah untuk mereka yang melakukan kerja yang PROFESIONAL..

KARTINI...


Ariyon atau Muhammad Asri, pelajar nakal di sebuah sekolah agama berasrama. Dalam kenakalannya itu, dia sebenarnya menaruh hati pada pelajar bernama Kartini. Maka bermulalah kisah-kisah kenakalannya dalam memikat hati Kartini. Masalah pelajaran, disiplin dan ragam kehidupan di asrama mengajar Aryon mencari pegangan dan arah hidup. Sehingga tamat pengajian dan sudah bekerja, Aryon masih tetap berusaha memenangi hati Kartini. Berjayakah dia..semuanya dlm komik KARTINI..

Sabtu, 16 Januari 2010

BERANI GAGAL?


KALAU ANDA SEORANG YANG BERANI UNTUK BERTEMU KEGAGALAN.. CUBALAH BERHENTI DARI MENCUBA...YANG RUGI SIAPA...? TEPUK BELAKANG SENDIRI YANG SENDAWA..LU PIKIR LAH BEB!

(TLA SERVICES)..PERKHIDMATAN DJ/EMCEE/PA SYSTEM/KARAOKE








DaRi tImUr mEmBaWa MaKmUr..bArAt MeMbAwA BeRkaT..sElAtAn mEmBaWa PeRkEnAlAn dAn DaRi UtaRa MeMbAwA SeJaHtErA....AsSALaMMuAlAiKuM...

EhM..TLA (TiAdA LaGi aKu) disiNi..

Salam pembuka bicara...TLA menyediakan perkhidmatan Sewaan PA system/Set karaoke/DJ/EMCEE untuk sebarang majlis (protokol atau santai) tak kira majlis perkahwinan/hari keluarga/hari jadi atau apa sahaja.


Kami di TLA adalah terdiri dari DJ/EMCEE yg terlatih dan berpengalaman dalam pengacaraan...(pernah mendapat latihan dan kursus serta sijil kelayakkan pengurusan majlis/pengacaraan dari DJ ACADEMI,KARYAWAN,RTM)


Jika anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan yg kami sediakan di TLA..sebarang pertanyaan atau tempahan bolehlah dibuat dengan menghubungi :

Farr0uk rzR0y 012-2550660


Harga perkhidmatan adalah bergantung kepada acara dan perkhidmataan yang diperlukan. jadi apa tunggu lagi,dapatkan perkhidmatan dr TLA ..Dj Farr0uk rzr0y dan CheotH pastinya meberikan kepuasan kepada anda..

Ahad, 10 Januari 2010

SUATU KENANGAN

Aku terjumpa gambar yang telah di rakamkan oleh kawan aku ni sepuluh tahun lalu..gambar ni telah diambil pada tahun 2000..dan sekarang tahun 2010..teringat kawan2 aku masa aku duk Hostel dulu..apa2 pun aku nk bagitau kat korang (kawan2 aku dulu) yang korang memang best!!!





Jumaat, 1 Januari 2010

SELAMAT TAHUN BARU..2010

SALAM SEJAHTERA..SEMOGA HARI YANG KITA BAKAL TEMPUHI INI BAKAL MEMBERIKAN NUR DAN MAKNA DLM HIDUP KITA..SELAMAT TINGGAL KESENGSARAAN..SELAMAT TINGGAL PENDERITAAN..SELAMAT TINGGAL KEKUSUTAN..SELAMAT TINGGAL 2009..
SELAMAT DATANG KEBAHAGIAAN DAN KEJAYAAN..SELAMAT TAHUN BARU 2010..SEMOGA PENINGKATAN USIA SEIRING DGN MENINGKATNYA KEMATANGAN BERFIKIR DLM MELAKUKAN SEMUA PERKARA..IKHLAS DARI TIADA LAGI AKU UNTUK RAKAN2 DI SINI..SALAM(",)