TIADA LAGI AKU

MySpace 2.0 Layouts

slideshow

Rabu, 9 Februari 2011

Kisah Kamera DSLR...



Jejai sgt berminat untuk menceburi bidang fotografi,dan untuk merealisasikan minat yg sangat menebal tersebut,beliau perlu sekurang-kurangnya memiliki sebuah DSLR.Dan pada suatu hari, Beliau telah pergi ke sebuah kedai menjual Pelbagai Kamera.

Sesampainya Jejai didalam kedai tersebut,beliau melihat setiap deretan jenis kamera yang terdapat disitu..

"mahal-mahal belaka" getus hati jejai. Namun jejai tidak berpuashati Lalu bertanya kepada Tauke kedai tersebut..

Jejai : Tauke ada tak kamera DSLR yang Paling Murah berbanding yang ada disini???
Tauke : Ooo kamera DSLR yg murah ka??, sikijap maa gua mau check dulu aaa...

kata tauke tersebut lantas terus melihat katalog beliau...dan lantas dgn muka senyum dan menyakinkan terus berkata kepada Jejai..

Tauke : Aloo kawan lu punya nasib sgt baik..ada tinggal satu lagi maaa..
Jejai : Oooo..ada ker tauke? apa model..?
Tauke :itu model aa 'Canon Seri Budi',"Lu tengok belakang sekali maa,itu hujung sekali sana"..sambil menunjuk dgn jari nya menghala ke arah kamera tersebut...Lu kasi tengok dulu la..

Dalam hati Jejai terbit juga rasa kagum. Tidak sangka ada kamera Canon yang bernama sangat keMELAYUan.Tanpa berlengah lagi Jejai terus ke Rak tersebut.

Apabila Jejai sampai di hadapan rak tersebut maka terlihatlah kamera dan di kotak kamera tersebut tertulis 'Canon 1000D'.


P/s : Moral of the story ---> Dengar betul2 sebutan dari setiap perkataan yang anda dengar sebelum membayangkan sesuatu...hehehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan